KANGAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan Op Harum 1.0 untuk mengekang penyalahgunaan perihal 'harumanis' bagi mangga yang bukan berasal dari Perlis.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata inisiatif dengan kerjasama strategik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu juga, bertujuan memantau pematuhan peniaga dalam urusan jualan mangga eksklusif itu agar tidak timbul sebarang kekeliruan pada pihak pengguna.
"Penyalahgunaan perihal harumanis bagi mangga yang bukan daripada varieti harumanis Perlis boleh menjejaskan pendapatan serta hasil pengusaha tempatan sebab ada yang guna nama harumanis tapi bukan dari Perlis.
"Harumanis ini identitinya memang (dari) Perlis, tapi ada yang import, kata harumanis juga... Kalau kata harumanis Kemboja, itu bukan harumanis," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Sijil Logo Buatan Malaysia kepada Syarikat HPA Industries Sdn Bhd di Jejawi dekat sini, hari ini.
Nanta berkata menerusi Op Harum 1.0, pemantauan yang dikuatkuasakan termasuklah memastikan peniaga meletakkan tanda harga serta mempamerkan jenis buah dengan jelas, selain menggunakan alat timbang yang sah.
Beliau berkata setiap penjual juga perlu menggunakan cap dagangan harumanis yang sah dan jika pengguna mendapati ada mana-mana peniaga gagal berbuat demikian, mereka boleh melaporkan perkara itu kepada KPDNHEP untuk siasatan lanjut.
"Harapan kementerian adalah dengan pelaksanaan penguatkuasaan ini, peniaga akan lebih beretika dan pengguna dapat menjalankan urus niaga belian dengan lebih bijak," katanya.
Sementara itu, Nanta juga mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam sektor peruncitan khususnya, agar terus meningkatkan tahap kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kementerian bagi memastikan sektor perniagaan dapat terus berjalan dengan lancar.
"Setakat ini, untuk sektor peruncitan di bawah kawal selia KPDNHEP, tahap kepatuhan (SOP) sangat tinggi, kita ambil berat perkara ini bagi menjamin agar perniagaan boleh diteruskan dan ekonomi dapat dipulihkan secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021
Nanta berkata menerusi Op Harum 1.0, pemantauan yang dikuatkuasakan termasuklah memastikan peniaga meletakkan tanda harga serta mempamerkan jenis buah dengan jelas, selain menggunakan alat timbang yang sah.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.