Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan sebanyak 633 notis kepada pemilik kedai gunting dan dandanan rambut sepanjang pelaksanaan Ops Catut 7.0 yang bermula 10 Jun lepas.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata notis itu dikeluarkan bagi mendapatkan penjelasan dan maklum balas daripada pemilik kedai gunting dan dandanan rambut berkenaan kenaikan caj perkhidmatan gunting rambut dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berbeza-beza di premis terlibat.
Beliau berkata pengusaha atau pemilik kedai terbabit diberi masa antara tiga hingga lima hari untuk memberi penjelasan atau maklumat bagi hal berkaitan dan sekiranya gagal, mereka akan dikenakan kompaun mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Setakat ini kita telah jalankan pemeriksaan di 369 premis seluruh negara dan rata-ratanya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Bagaimanapun kita terpaksa mengeluarkan notis kepada pemilik premis yang didapati mengenakan caj harga yang berbeza-beza dan tidak munasabah," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan harga dan bekalan barangan di Pasar Raya Pacific di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) hari ini.
Sebelum itu beliau yang diiringi Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia melakukan lawatan ke kedai gunting rambut Mat Barber Shop Premium di sini bagi melihat pematuhan harga dan SOP dalam tempoh PKPP.
Dalam pada itu Rosol turut menasihati pengguna supaya merujuk harga barangan di aplikasi 'Price Catcher' yang dibangunkan oleh KPDNHEP sebelum membuat pembelian terutama barangan kawalan.
Ia susulan terdapat laporan kenaikan harga ayam yang mendadak sehingga mencapai RM10 sekilogram di beberapa pasar basah dalam tempoh PKPP.
"Sebelum buat pembelian, kita boleh guna aplikasi 'Price Catcher' sebagai rujukan atau 'tanda aras' bagi mengelak membeli pada harga yang terlampau tinggi dan tidak munasabah.
Jika kita lihat di aplikasi tersebut, harga ayam di pasar raya seperti Pasar Raya Besar Mydin, Giant dan Pacific adalah antara RM7.50 sekilogram dan ia adalah tidak melebihi harga kawalan ditetapkan," katanya yang meminta supaya pengguna membuat pilihan bijak dalam menentukan pembelian.
Bagaimanapun Rosol berkata pihaknya tetap akan menjalankan pemeriksaan di pasar-pasar basah bagi melihat sekiranya terdapat kenaikan ayam secara mendadak seperti didakwa.
"Setakat ini kita belum menerima laporan atau aduan secara rasmi, berhubung kenaikan berkenaan, tetapi pemantauan akan dipertingkatkan bagi mengelak peniaga mengaut keuntungan berlebihan sehingga menganiaya pengguna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 14 2020

KPDNHEP terpaksa mengeluarkan notis kepada pemilik premis yang didapati mengenakan caj harga yang berbeza-beza dan tidak munasabah. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

KPDNHEP keluar 633 notis kepada pengusaha kedai gunting dan dandanan rambut
Pengusaha atau pemilik kedai terbabit diberi masa antara tiga hingga lima hari untuk memberi penjelasan atau maklumat bagi hal berkaitan.

Toknya pertahan harga RM2.50 untuk gunting rambut sejak lima dekad
Wanita warga emas yang hampir mencecah satu abad masih gagah menggayakan gunting di jari untuk memotong rambut pelanggannya.