IPOH: Padah mengubah suai tangki kenderaan untuk menikmati petrol subsidi, seorang warga Thailand ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam.
Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata lelaki berusia 51 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di Pengkalan Hulu kira-kira 11.30 pagi.
Beliau berkata sepasukan anggota penguat kuasa KPDN memeriksa kereta jenis Toyota Camry bernombor pendaftaran Malaysia dipandu lelaki itu ketika melalui pos sekatan jalan raya menuju ke Betong, Thailand.
"Pemeriksaan lanjut menemukan sebuah tangki tambahan di bahagian belakang kereta itu yang bersambung dengan tangki asal. Tangki tambahan itu berisi cecair disyaki minyak petrol," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Kamalludin pihaknya menyita 60 liter cecair disyaki minyak petrol bersama kenderaan berkenaan yang dianggarkan berjumlah RM5,123.
Beliau berkata lelaki itu direman empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
KPDN Perak, katanya pada masa ini sedang giat menempatkan anggota penguat kuasa di pintu masuk sempadan negara dalam usaha mengekang ketirisan dan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi.
"KPDN Perak akan terus komited dan konsisten menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan sesekali berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDN khususnya melibatkan penyelewengan barang kawalan bersubsidi diesel," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024

Kamalludin berkata lelaki berusia 51 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di Pengkalan Hulu. - Gambar fail/Bernama

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

PGA tahan remaja lelaki disyaki seludup petrol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki menyeludup petrol di pangkalan haram Gergaji di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup keluar 111,391 liter petrol ke negara jiran
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Siti Mang berkata kapal kargo berkenaan ditahan di perairan Sandakan pada kira-kira 7.48 malam.

Dua warga asing ditahan guna kenderaan tempatan seludup petrol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menahan dua warga Thailand yang disyaki menggunakan kenderaan tempatan untuk menyeludup minyak petrol ke negara jiran.

Polis lepaskan tembakan, pemandu kereta seludup 22 tong plastik petrol
Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak mengejarnya.

Warga Thailand mengaku salah seludup keluar minyak petrol bersubsidi
Seorang lelaki warga Thailand mengaku bersalah atas tuduhan menyeludup minyak petrol bersubsidi dari negara ini ke Thailand, Sabtu lalu.

KPDN tahan lelaki warga Thailand disyaki cuba seludup petrol
Padah mengubah suai tangki kenderaan untuk menikmati petrol subsidi, seorang warga Thailand ditahan KPDN Perak semalam.

Cubaan seludup 750 liter petrol gagal
Pemeriksaan ke atas kenderaan menemui 30 tong plastik berisi minyak petrol beranggaran 25 liter setiap tong berada di tempat duduk penumpang yang telah diubah suai.

Penyeludup gadai nyawa bawa 600 liter petrol guna Perodua Kenari
Seorang penyeludup bahan api sanggup mengadaikan nyawanya sendiri apabila membawa 24 tong plastik berisi 600 liter petrol hanya dengan disumbatkan ke bahagian penumpang belakang Perodua Kenari.

Markas ATB2 patahkan cubaan seludup petrol di perairan Pulau Ligitan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB2) berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan minyak petrol di kawasan perairan Pulau Ligitan.

VAT 69, Polis Marin Semporna tumpas sindiket seludup minyak
Dalam kejadian kira-kira jam 12.06 tengah malam itu, dua suspek lelaki berumur 26 dan 45 tahun turut diberkas.