KINABATANGAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merangka satu gerakan massa untuk melibatkan orang ramai dalam memerangi penyelewengan barang kawalan bersubsidi khususnya diesel dan RON95 di Sabah dan Sarawak.
Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata gerakan itu bagi membantu penguatkuasaan dalam memerangi ketirisan subsidi melalui pemantauan dan penyaluran maklumat.
Beliau berkata gerakan itu dilaksanakan susulan keputusan Kerajaan Persekutuan melaksanakan penyasaran subsidi diesel secara berperingkat bermula dengan Semenanjung Malaysia dengan pengecualian Sabah, Sarawak dan Labuan pada masa ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor.
"Penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan bersubsidi bukan sahaja satu kesalahan di sisi undang-undang, malah penafian hak subsidi rakyat.
"Perbuatan memperdagang bantuan subsidi secara haram dan bertentangan dengan undang-undang merupakan sabotaj ekonomi negara dan agenda kerajaan dalam penyaluran bantuan sosial kepada golongan memerlukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau berkata orang ramai perlu terus menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat berhubung sebarang bentuk penyelewengan serta penyeludupan supaya aktiviti merugikan negara dan rakyat itu dapat dibanteras.
Sementara itu, Armizan berkata kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan kaedah sedia ada penyaluran subsidi pukal diesel di peringkat runcit bagi Sabah, Sarawak dan Labuan bagi tahun ini melibatkan subsidi mencecah RM3.6 bilion.
Beliau berkata antara faktor utama pengecualian itu ialah kebergantungan tinggi para pengguna khususnya di Sabah dan Sarawak kepada penggunaan kenderaan bahan api diesel disebabkan faktor geografi dan taraf jalan perhubungan darat dan air.
Selain itu, pertimbangan risiko kesan rantaian mengambil kira kadar harga barangan dan perkhidmatan di Sabah, Sarawak dan Labuan yang lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia serta tahap kesediaan dan akses maklumat pengguna bahan api diesel untuk pemprofilan penyasaran subsidi diesel bagi pengguna individu, agri komoditi dan sektor pengangkutan awam dan barangan.
Bagaimanapun, Armizan berkata kerajaan tidak pernah menafikan isu ketirisan yang meliputi penyelewengan dan penyeludupan bahan api diesel juga berlaku di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Sehubungan itu, katanya kerajaan telah mengarahkan semua agensi berkaitan seperti KPDN, kastam, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia untuk memperkasa strategi dan pendekatan bagi meningkatkan keberkesanan mekanisme penguatkuasaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Armizan berkata gerakan massa itu bagi membantu penguatkuasaan dalam memerangi ketirisan subsidi melalui pemantauan dan penyaluran maklumat. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

KPDN rangka gerakan massa banteras ketirisan barang kawalan di Sabah, Sarawak
KPDN sedang merangka satu gerakan massa dalam memerangi penyelewengan barang kawalan bersubsidi khususnya diesel dan RON95 di Sabah dan Sarawak.