BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenal jualan daging Rahmah dengan harga RM27 bagi setiap kilogram daging lembu tempatan menerusi Jualan Rahmah serta Jualan Rahmah Bergerak.
Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata buat permulaan, pelaksanaan jualan daging Rahmah yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran itu dijalankan di tiga negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
"Menerusi harga daging tempatan Rahmah itu, rakyat dapat membeli atau menikmati daging segar dengan lebih murah berbanding pasaran iaitu RM38 hingga RM41 biasanya, tawaran harga RM27 itu adalah kolaborasi antara pihak KPDN dengan sebuah syarikat ternakan iaitu Kaisar Farm.
"Kaisar Farm ini menternak lembu tempatan di ladang mereka di Chuping, Perlis dan mereka menawarkan diskaun 15 peratus manakala pihak kerajaan menerusi KPDN pula memberikan subsidi tambahan 15 peratus lagi, jadi kita boleh jual dengan harga RM27 bagi setiap kilogram daging segar tempatan dan bukan sejuk beku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Jualan Rahmah Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah KPDN Pulau Pinang S.Jegan.
Beliau berkata pihaknya merancang untuk memperluas jualan daging Rahmah di seluruh Semenanjung bagi membolehkan lebih ramai rakyat menikmati daging segar pada harga yang murah.
"Kita tengah berbincang dengan syarikat ternakan itu bagi perluaskan jualan daging Rahmah itu, ini adalah situasi menang-menang antara syarikat dan juga pembeli iaitu orang ramai, kami berjaya salurkan lebih banyak subsidi terus kepada rakyat menerusi jualan Rahmah kerana ia terus kepada pembeli tanpa melalui orang tengah," katanya.
Fuziah juga berkata Jualan Rahmah telah dilaksanakan di 106 lokasi dari bulan Januari hingga Julai ini di Pulau Pinang yang membabitkan rekod jualan sebanyak RM4.038 juta.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu, jumlah keseluruhan pengunjung ialah 131,900 orang membabitkan 13 kawasan Parlimen dan 40 Dewan Undangan Negeri yang memberi manfaat serta kesan positif dalam usaha meringankan kos sara hidup masyarakat Malaysia MADANI.
"Bagi Jualan Rahmah Bergerak pula, kelebihan pelaksanaan ini lebih kepada mobilisasi dengan konsep kedai cari rakyat dan mampu dilaksanakan di tempat berbeza pada hari yang sama... program itu dilaksanakan di 233 lokasi di seluruh negara dan 57 lokasi di Pulau Pinang, " katanya
Kedua-dua Jualan Rahmah menawarkan barang keperluan seperti telur, minyak masak, tepung, gula, bawang dan beras dengan harga ditawarkan adalah 20 hingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata buat permulaan, pelaksanaan jualan daging Rahmah yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran itu dijalankan di tiga negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. - Gambar fail/BERNAMA
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.
KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).
KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.
Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.
KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.