PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet bagi memastikan mereka dapat menikmati subsidi yang disediakan apabila kerajaan melaksanakan subsidi diesel bersasar kelak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelaksanaan pemberian diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diese l Bersubsidi (SKDS) 2.0 melibatkan sembilan jenis kenderaan sektor pengangkutan darat (barangan) iaitu lori kargo am, lori minuman botol, lori sejuk beku, lori luton, lori tangki tepung, lori tangki air, van panel, van tingkap dan penggerak utama (prime mover).
Beliau berkata syarikat yang terlibat diharap dapat membuat permohonan selewat-lewatnya 30 April ini.
"Itu (30 April) bukan tarikh tutup, tiada tarikh tutup selagi belum diumumkan tarikh pelaksanaan (penyasaran subsidi diesel). Namun untuk memastikan supaya kenderaan jenis barangan ini sudah bersedia, kita gesa untuk sama-sama mempromosikan dan memohon selewat-lewatnya 30 April.
"Ia untuk memastikan bila sahaja kerajaan mengumumkan tarikh pelaksanaan itu nanti, sekurang-kurangnya untuk sembilan jenis pengangkutan barangan itu, mereka sudah mempunyai kad fleet," katanya kepada media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Industri Pengangkutan dan Syarikat Pembekal Minyak di sini hari ini.
Armizan berkata sesi libat urus itu dibuat bagi mendapatkan kerjasama daripada ahli-ahli persatuan pengangkutan darat untuk menyegerakan permohonan kad fleet kepada syarikat-syarikat minyak terpilih.
"Persatuan-persatuan yang terkait dengan sektor pengangkutan darat (barangan) yang hadir hari ini telah memberi komitmen untuk membuat hebahan bagi membantu kita mempromosi, memberi penerangan dan menggalakkan ahli-ahli persatuan mereka supaya memohon melalui sistem MySubsidi Diesel dan setelah mendapat kelulusan terus membuat permohonan kad fleet kepada syarikat pembekal minyak secara serta-merta.
"Menerusi perbincangan tadi, kita telah bersetuju untuk mempertimbangkan rayuan, kalau sebelum ini syarika pengangkutan barangan dihadkan mempunyai opsyen dua syarikat pembekal minyak sahaja, kita telah putuskan akan beri opsyen tambahan iaitu boleh memilih tiga daripada lima syarikat pembekal minyak," katanya.
Syarikat pembekal minyak yang terlibat ialah Petronas, Shell, Petron, Caltex dan BHP.
Dalam pada itu, Armizan berkata ada syarikat yang sudah berdaftar dengan Sistem MySubsidi Diesel dan diberi kelulusan, namun tidak membuat permohonan kad fleet dengan syarikat pembekal minyak.
"Mereka sudah dapat kelulusan tetapi tidak memohon kad fleet pula, mereka tunggu berapa kuota yang akan dapat dan pengumuman tarikh pelaksanaan.
"Kita juga telah mengarahkan syarikat pembekal minyak supaya bersedia dan tambah tempahan kad fleet mereka sebab atas keperihatinan kerajaan, pihak yang akan mendapat manfaat ini akan melebihi daripada anggaran awal kita," katanya.
Sementara itu, Armizan berkata langkah kerajaan melaksanakan SKDS 2.0 antaranya bertujuan untuk meminimumkan isu ketirisan dan penyeludupan yang berleluasa.
Beliau mendedahkan ada syarikat dan stesen minyak yang diugut sindiket tertentu untuk menjual diesel kepada mereka melebihi kuota yang ditetapkan.
"Ada juga beberapa stesen minyak memilih untuk tidak membuat laporan kerana bimbangkan keselamatan diri, pekerja dan premis mereka.
"Jadi kita tidak boleh membiarkan perkara ini terus berlaku dan mengurus risiko tersebut dengan tidak memberikan subsidi secara pukal di stesen minyak selain penguatkuasaan fizikal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Armizan berkata sesi libat urus itu dibuat bagi mendapatkan kerjasama daripada ahli-ahli persatuan pengangkutan darat untuk menyegerakan permohonan kad fleet kepada syarikat-syarikat minyak terpilih. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
TVET pacu pembangunan, tingkat tenaga kerja berkemahiran
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET merupakan pemacu utama dalam pembangunan negara sekaligus meningkatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Sektor penting tunjuk hasil positif, landasan tepat - Hajiji
Agenda pembangunan negeri yang berpaksikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan sudah menampakkan hasil positif dengan penekanan kepada beberapa sektor penting khususnya pertanian, perindustrian dan pelancongan.
RM800,000 diperuntuk naik taraf Klinik Kesihatan Nanga Medamit
Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan RM800,000 BAGI menaik taraf Klinik Kesihatan Nanga Medamit yang uzur dan daif di Ulu Limbang.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, selari dengan usaha itu, dua pusat baharu yang akan ditubuhkan ialah Pusat Kanser Wilayah Utara di Kedah dan Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.
Siapkan projek fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi Fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Abang Johari dahului senarai penerima darjah kebesaran Sabah
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendahului seramai 1,373 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-71 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.
Kerajaan Selangor pandang serius sikap ambil mudah usahawan tentang pensijilan halal
Kerajaan Selangor memandang serius sikap tidak cakna atau mengambil mudah terhadap keperluan pensijilan halal dalam kalangan usahawan di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Telekinesis: Eksperimentasi berani Syafiq Yusof dalam genre sains fiksyen
Syafiq menyatakan bahawa filem ini adalah eksperimen dalam genre sains fiksyen, yang jarang diterokai di Malaysia.
Pahang fatwa pengikut GISB menyeleweng dan sesat
Jabatan Mufti Pahang menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang bersetuju memutuskan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sebagai menyeleweng dan sesat.
Banjir di Kedah pulih, jumlah mangsa di Selangor menurun
Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya, Selangor mencatatkan penurunan jumlah mangsa manakala situasi di Perak tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat 5 petang ini.
KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.
Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.
KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.