KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan segera menghantar bantuan 'food bank' kepada penduduk di negeri terjejas banjir terutama di Johor.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kementerian setakat ini memfokuskan pengedaran makanan sedia masak dan makanan kering ke pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan teruk terjejas seperti di Kluang dan Segamat.
"Saya telah mengarahkan supaya bantuan makanan melalui 'food bank' ini dapat segera dihantar ke destinasi terjejas. Jadi jangan risau kerana bekalan akan sentiasa mencukupi. Saya yakin bukan setakat KPDN malah JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan pihak-pihak lain seperti kerajaan negeri juga akan sediakan makanan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Menu Rahmah dan Penyerahan Sumbangan Bakul Rahmah di Restoran Infaq, di Wakaf Tok Pelam di sini hari ini.
Salahuddin berkata kementerian juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi penyelamat di kawasan terjejas bagi memastikan bekalan makanan akan sampai kepada mangsa termasuk di lokasi yang sukar diakses.
Berdasarkan portal Info Bencana JKM, Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir dengan jumlah mangsa melebihi 7,000 orang daripada lebih 2,000 keluarga, setakat ini.
Sementara itu Salahuddin berkata setakat ini sebanyak 1,142 premis makanan telah menyertai inisiatif Menu Rahmah di seluruh negara.
"KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran dan makanan supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat," katanya.
Terdahulu pada program berasingan, Salahuddin berkata KPDN berharap kadar bayaran sewa tapak premis di bazar Ramadan pada tahun ini dapat dikurangkan bagi membolehkan para peniaga menjual makanan dan minuman dengan lebih murah atau pada harga 'Rahmah'.
Katanya pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menjayakan inisiatif Bazar Ramadan Rahmah tersebut.
"Setakat ini DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan Majlis Bandaraya Ipoh antara yang terawal menawarkan tempat untuk kami adakan jualan Bazar Ramadan Rahmah. Kami juga akan kenal pasti lokasi berpotensi lain di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Rahmah di pasar raya Sabasun HyperRuncit di Bukit Kecil, di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
![KPDN edar 'food bank' ke kawasan terjejas banjir KPDN edar 'food bank' ke kawasan terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676681974_TBSALAHUDINAYUB.jpg)
Salahuddin berkata kementerian setakat ini memfokuskan pengedaran makanan sedia masak dan makanan kering ke PPS di kawasan teruk terjejas seperti di Kluang dan Segamat. - fotoBERNAMA
AWANI Borneo [12/2/2025] – Muktamad milik Sarawak| Penghubung Sabah dan Sarawak| Bantu golongan petani
Awani Borneo Rabu, 12 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
Kertas Kabinet cadangan wujud lembaga pemasaran pertanian Sabah akan dibentang
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Kertas Kabinet tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri, akan datang.
KKR, SPRM perlu ambil tindakan terhadap konsesi gagal selenggara jalan
Kementerian Kerja Raya diminta untuk mengambil tindakan menamatkan konsesi yang gagal melakukan projek penyelenggaraan jalan persekutuan dengan baik.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) fasa dua yang menghubungkan kedua-dua wilayah itu tanpa melalui Brunei Darussalam akan mengambil masa sekurang-kurang lima tahun untuk siap.
Kurang tiga peratus projek JKR disklasifikasi projek sakit - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memeklumkan hanya ada satu atau dua projek yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya di negara ini yang diklasifikasikan sebagai projek sakit.
Abang Jo hargai peranan, keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaanSarawak dalam rundingan menuntut organisasi strategik termasuk menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
AirBorneo tetap terima subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan bahawa Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) akan diteruskan kepada Air Borneo, sama seperti MASWings sebelum ini.
Pengambilalihan muktamad, MASWings bakal dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangaan Sarawak yang diambil alih daripada MASWings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
![Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355723_Generic.jpg)
Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pantau Agenda Reformasi: Kawalan, tindakan tegas jenayah senjata api
Ikuti ulasan Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri berkenaan tindakan untuk memastikan kawalan dan keselamatan orang ramai daripada jenayah berkaitan senjata api.
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269805_JPSJambatanBaru.jpg)
JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.
![Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738338644_banjir.jpg)
Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong
Sistem tebatan banjir sedia ada, ada yang tidak mempunyai perancangan yang betul dan tidak lagi berupaya menjalankan fungsi yang sepatutnya.
![2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS 2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736855519_TBPPSKOTATINGGI.jpg)
2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.
![Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990621_FadhlinaSidek.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
![Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738894824_TBbanjirsabah.jpg)
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
![Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738811075_tbAPMbekalanmakan.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
![Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738801006_TBguaniah.jpg)
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
![Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738770311_AnggotaJabatanBomb.jpg)
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.