JOHOR BAHRU: Pemberian insentif kepada pengusaha kedai makan dan restoran yang menyediakan hidangan Menu Rahmah kepada pelanggan sedang dalam perbincangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata bagaimanapun perkara itu masih dalam peringkat awal dan bentuk pemberian insentif belum diputuskan.
"Setakat ini kita belum umumkan insentif, tetapi perkara itu sedang dibincangkan, mungkin (contohnya) kedai mamak yang memerlukan pekerja untuk memasak, dari segi itu kita akan bantu untuk dapatkan tambahan pekerja.
"Kita belum meletakkan sebarang nilai fiskal dalam insentif itu, tetapi setakat ini, inisiatif Menu Rahmah adalah sukarela yang pengusaha dapat bersama-sama membangunkan ekosistem yang memahami masalah dihadapi rakyat dalam menangani kos sara hidup," katanya pada sidang media selepas program Jalan-Jalan Cari Makan Menu Rahmah di Nasi Kandar KM Maju di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemberian insentif kepada pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah.
Fuziah berkata KPDN juga bersedia untuk berunding dan membantu pengusaha yang ingin menyediakan Menu Rahmah dari segi mendapatkan bekalan bahan mentah.
Berhubung pengusaha kedai makan dan restoran yang mengehadkan waktu penjualan Menu Rahmah, Fuziah berkata inisiatif itu disertai secara sukarela, bagaimanapun mereka diharapkan dapat menguar-uarkan waktu penjualan supaya pelanggan tidak kecewa dengan ketiadaan menu berkenaan.
Terdahulu, pemilik Nasi Kandar KM Maju Mohd Faisul Kabeebu berkata restorannya itu menyediakan dua set Menu Rahmah bernilai RM5 iaitu ikan atau ayam bersama nasi, sayur, kuah campur dan air suam.
Katanya, hidangan Menu Rahmah dijual bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
Fuziah berkata KPDN juga bersedia untuk berunding dan membantu pengusaha yang ingin menyediakan Menu Rahmah dari segi mendapatkan bekalan bahan mentah. - Foto BERNAMA
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
KPDN Selangor, kerajaan negeri teliti pelaksanaan kad diskaun galak peniaga terus tawarkan Menu Rahmah
KPDN Selangor bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme kad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.
Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.
43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.
Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.