JITRA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhasrat untuk memperkenalkan program 'Baju Raya Rahmah' dalam usaha membantu golongan memerlukan menghadapi persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata untuk itu beliau telah mengadakan satu sesi libat urus dengan pemain industri tekstil ataupun pakaian dan minggu depan pihak berkenaan akan memberikan maklum balas berserta maklumat berkaitan kepada pihak kementerian.
Salahuddin berkata beliau sendiri akan mengumumkan syarikat atau gedung pakaian yang akan terlibat dalam program itu nanti yang prinsipnya pihak syarikat atau gedung berkenaan mungkin akan memfokuskan kepada baju raya asas melibatkan pakaian wanita dan lelaki serta anak-anak.
"...mereka akan tawarkan pada harga Rahmah, itu saya akan umum kemudianlah, tetapi libat urus itu memang telah berlaku. (Maklum balas mereka dalam sesi libat urus itu) memang positif dan mereka bersedia. Sebagaimana Menu Rahmah, kita juga tidak mengamalkan apa dikatakan pemaksaan.
"Kita tak letak apa-apa peraturan atau syarat, tetapi mereka melakukan dengan secara sukarela," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sumbangan kembali ke sekolah dan program KPDN Kedah di Kodiang dekat sini hari ini.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata restoran makanan segera McD juga akan terlibat sama dalam Program Menu Rahmah yang dilancarkan KPDN dengan pihak restoran itu akan memberikan keputusan mengenai menu bersesuaian pada minggu depan.
"...mereka nak bincang dari segi menu sebab pasal dia syarikat multinasional, jadi nak kait dengan Rahmah itu (perlu) selesaikan dari segi peraturan saja...secara prinsipal apabila mereka datang berjumpa kami itu, mereka menyatakan kesediaan untuk sertai Menu Rahmah ini," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sejumlah 70 premis makanan di Kedah setakat hari ini memberikan maklum balas bersetuju untuk menyertai Program Menu Rahmah.
"Saya difahamkan KPDN Kedah merancang untuk menambah sehingga 150 (premis makanan) lagi. Ini merupakan satu usaha yang saya rasa sangat murni dan berkesan untuk kita membantu kepada mereka yang sangat memerlukan Menu Rahmah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023

Salahuddin berkata beliau sendiri akan mengumumkan syarikat atau gedung pakaian yang akan terlibat dalam program itu nanti. - Gambar fail/BERNAMA

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

KPDN laksana Ops Pantau sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
Operasi itu dilaksana di seluruh negara dengan tumpuan di bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).

KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.

Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.

Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.