Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) telah menggerakkan pasukan pertama sukarelawan untuk menyalurkan keperluan asas kepada mangsa banjir di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Pasukan pertama itu yang terdiri daripada 25 sukarelawan memulakan perjalanan malam ini membawa barangan seperti tilam, selimut, minuman, barangan kebersihan diri dan kandi.
Misi itu diketuai Timbalan Presiden KP1M Muhamad Yadzan Mohamad dan Bendahari Kehormat KP1M Abdul Mutalif Abdul Rahim.
Muhamad berkata KP1M telah diarahkan oleh Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim agar sukarelawan dihantar ke kawasan bencana, melalui perbualan telefon.
"Terdapat lima kontena, tiga kenderaan pacuan empat roda, dua ambulans, dua lori tiga tan dan empat kereta akan membawa semua barangan itu dan 25 sukarelawan termasuk dua pasukan perubatan," katanya ketika ditemui di Plaza Tol Gombak dekat sini malam ini.
Beliau berkata Abdul Azeez akan menyertai misi itu sebaik beliau pulang daripada misi bantuan kemanusiaan di Filipina malam esok.
Bernama
Thu Dec 27 2012
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.
KP1M gerakkan misi bantuan ke Pantai Timur
Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) telah menggerakkan pasukan pertama sukarelawan untuk menyalurkan keperluan asas kepada mangsa banjir di negeri Pantai Timur.