Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) hari ini mengagihkan 20 kontena pelbagai jenis barangan keperluan kepada sekurang-kurangnya 5,000 keluarga di bahagian pulau negeri ini yang terjejas banjir.
Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata antara sumbangan yang diserahkan adalah tilam, bantal, selimut, susu bayi, makanan dan kit penjagaan kebersihan yang diagihkan secara berperingkat.
Menurutnya, beliau telah diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan bantuan kepada semua mangsa banjir tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
"Sejak Selasa lepas, kami telah mula mengagihkan bantuan daripada pelbagai bentuk yang mana di Seberang Perai, kami telah mengagihkan 40 kontena barang dan hari ini di bahagian pulau kami akan berusaha untuk agihkan 20 kontena untuk membantu meringankan mangsa bencana," katanya kepada pemberita ketika pengagihan bantuan KP1M di sini hari ini.
Beliau berkata misi bantuan ini telah memasuki hari kelima dan selepas daerah Seberang Perai Utara (SPU) serta Seberang Perai Selatan (SPS), pihaknya akan fokus di Bukit Gelugor, Jelutong, Balik Pulau, Bayan Lepas dan Bayan Baru.
"Kita akan fokus di taman perumahan penduduk, setiap kawasan mempunyai antara 300 hingga 1,000 keluarga selain kita akan cuba habiskan semua bekalan yang dibawa," katanya.
Abdul Azeez berkata, seramai 500 sukarelawan KP1M juga akan membantu mangsa banjir membersihkan kediaman mereka yang terjejas selepas ini.
Terdahulu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Agape, M. Saroja, 39, berkata beliau sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh KP1M kerana hampir kesemua peralatan dan barangan persatuan rosak akibat banjir Ahad lepas.
Katanya, air banjir yang melimpahi longkang itu telah naik sehingga paras leher pada awal pagi Ahad menyebabkan semua barangan dan perabot di dalam rumah persatuan itu rosak.
"Banjir kali ini adalah paling teruk dan mujurlah kejadian itu berlaku ketika enam orang kurang upaya berusia 24 hingga 34 tahun dan seorang warga emas sedang tidur di bilik tingkat atas," katanya.
Persatuan kebajikan itu telah menerima bantuan peti sejuk, mesin basuh, makanan dan barangan kegunaan harian daripada KP1M.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2017

Abdul Azeez berkata bantuan itu diberikan kepada semua mangsa yang terjejas tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.

Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.

PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.

Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.