KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah (KP) Majlis Sukan Negara (MSN), Wan Ahmad Radzi Wan Abdul Rahman meninggal dunia tengah hari tadi, pada usia 87 tahun di Hospital UiTM.
Allahyarham merupakan KP Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) pada awal 80-an dan individu yang bertanggungjawab mengaktifkan MSN selaku KP pertama badan sukan itu dari 1980 hingga 1981.
"Seluruh warga MSN mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadahnya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh," menurut MSN di Facebook rasminya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam petang tadi.
Allahyarham merupakan bapa kepada bekas atlet ekuestrian wanita negara dan personaliti televisyen, Wan Zaleha Radzi serta bekas atlet berbasikal wanita kebangsaan Wan Maizan Wan Radzi.
Sementara itu, KP MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, Wan Ahmad Radzi adalah seorang individu yang mempunyai personaliti menarik dan tegas.
"Saya tidak mengenalinya secara rapat kerana saya hanya menyertai MSN pada 1988, tetapi mengenalinya menerusi penglibatan anak-anaknya dalam sukan, serta ketika beliau diberi pengiktirafan sebagai KP MSN pertama pada Anugerah Sukan Negara 2014," katanya ketika dihubungi. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022
![KP pertama MSN Wan Ahmad Radzi meninggal dunia KP pertama MSN Wan Ahmad Radzi meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71667049066_KPpertamaMSNWanA.jpg)
Bekas Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara, Wan Ahmad Radzi Wan Abdul Rahman meninggal dunia tengah hari tadi, pada usia 87 tahun di Hospital UiTM.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![MSN tidak bimbang prestasi semasa atlet negara pada Sukan Asia 2018 MSN tidak bimbang prestasi semasa atlet negara pada Sukan Asia 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71497088249_ShapawiIsmail.jpg)
MSN tidak bimbang prestasi semasa atlet negara pada Sukan Asia 2018
Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail yakin beberapa sukan lain mampu menghadirkan kilauan pingat untuk kontinjen negara pada edisi ke-18 Sukan Asia.