Semua pihak terutama pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu mengeruhkan keadaan dengan memperbesarkan isu pengosongan kerusi Parlimen Batu.
Sebaliknya, fokus harus diberikan pada perbincangan melalui saluran rasmi parti bagi menyelesaikan isu terbabit.
Demikian penegasan yang dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tanda tanya apakah perlu kerusi Parlimen Batu yang kini disandang P. Prabakaran dikosongkan berikutan Tian Chua diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tidak pernah hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya.
Anwar juga berkata, beliau secara peribadi sudah bertemu dengan Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR bagi membincangkan perkara terbabit.
"Ketika ini tidak timbul sebarang isu berbangkit mengenai desakan agar Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran meletakkan jawatan," kata Anwar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PKR Negeri Kedah dan Perlis di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min, di sini pada Sabtu.
Menurut Anwar juga, ketika ini, PKR tidak meletakkan sebarang tekanan kepada Prabakaran untuk mengosongkan kerusi memandangkan itu bukan syarat yang ditetapkan parti sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
"Perkara ini boleh dirundingkan tapi setakat ni dalam pertemuan terakhir saya dengan Tian Chua, perkara ini tidak dibangkitkan lagi. Kita bole bincang dalam saluran parti.
"Kita tidak perlu suatu hal yang mengeruhkan suasana... setakat ini tidak timbul (keperluan Prabakaran letak jawatan)
"Sekarang ini tak difikirkan dan tidak dijadikan syarat daripada awal (kempen PRU-14). Tapi saya tidak mahu buat keputusan muktamad. Terserah kepada perbincangan (rundingan parti). Biar rundingan ikut saluran parti. Saluran parti (iaitu) mesyuarat," ujar Anwar lagi.
Pada Khamis, sebanyak 14 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan supaya Prabakaran mengosongkan kerusi Parlimen Batu bagi memberi laluan kepada Tian Chua untuk bertanding semula.
Dalam reaksinya, Prabakaran menegaskan, beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen itu dan berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat secara telus serta adil walaupun mnerima desakan untuk berbuat demikian daripada pelbagai pihak.
Abdul Hadi Che Awang
Sat Nov 16 2019

Semua pihak terutama pemimpin tertinggi PKR tidak perlu mengeruhkan keadaan dengan memperbesarkan isu pengosongan kerusi Parlimen Batu, kata Anwar Ibrahim. - Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.