Menurut maklumat yang diterbitkan semula di laman media sosial Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, secara puratanya, tiket pengangkutan awam di Kuala Lumpur hanya US$0.74 (RM 2.45), perjalanan teksi setiap 10km US$3.68 (RM12.21) dan servis Uber setiap 10km US$5.05 (RM16.75).
Infografik dari laman Facebook Najib Razak
Maklumat itu turut menyatakan bahawa kos pengangkutan di bandaraya New Delhi adalah yang termurah di dunia di mana purata tiket pengangkutan awamnya adalah US$0.22 (RM0.73), perjalanan teksi setiap 10km US$2.62 (RM 8.69) dan servis Uber setiap 10km US$4.40 (RM14.60).
Sementara itu, GoEuro mengatakan bandaraya yang mempunyai kos mengangkutan yang paling mahal ialah Stockholm di mana pengangkutan awam tiket pengangkutan awamnya adalah US$4.96 (RM 16.45), perjalanan teksi setiap 10km US$40.04 (RM 132.83) dan servis Uber setiap 10km US$48.57 (RM 161.13).
GoEuro menyatakan senarai 60 bandaraya itu dibuat berdasarkan harga pengangkutan awam, teksi dan servis Uber dan mempertimbangkan faktor seperti masa dan jarak.
Walau bagaimanapun, posisi Kuala Lumpur yang disenaraikan sebagai bandaraya yang mempunyai kos pengangkutan yang keempat termurah di dunia, mungkin akan berubah tidak lama lagi.
Ini adalah kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini, telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kadar tambang pengangkutan awam.
Menurut laporan Mstar kelmarin, pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kajian semula mengenai kadar tambang baharu itu berada di peringkat akhir dan Kementerian Pengangkutan akan mengambil keputusan mengenai cadangan tersebut.