Kos menunaikan haji dijangka terus meningkat disebabkan kos penginapan, pengangkutan, makan-minum dan lain-lain perkhidmatan turut bertambah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata peningkatan kos haji berlaku setiap tahun dan pada musim Haji 1437 Hijrah (H)/2016 yang baru selesai, ia sudah mencecah RM18,890 seorang.
"Tabung Haji (TH) dengan sokongan kerajaan, masih dapat mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 seorang jemaah haji 'Muasassah' sejak tahun 2009.
Pada musim yang lalu sahaja, jumlah keseluruhan subsidi haji yang ditanggung oleh TH adalah melebihi RM160 juta," kata beliau dalam ucapan di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Musim 1437H di sini, hari ini.
Sejumlah 31 jabatan/agensi kerajaan dan swasta termasuk wakil Kerajaan serta Kedutaan Arab Saudi telah diberikan penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan, pada majlis itu.
Jamil Khir berkata operasi pengendalian jemaah haji negara bagi musim haji 1437H dianggap sangat baik dan berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah hasil muafakat semua pihak.
Beliau berkata operasi haji 1437H yang lalu telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden besar atau buruk yang tidak diingini.
Tambah beliau, kecemerlangan TH dan Malaysia dalam pengurusan Haji telah membuka mata ramai pihak dan mendapat perhatian negara-negara luar.
"Senario ini memberi keyakinan kepada kita sebagai umat Islam di Malaysia bahawa pengurusan haji yang dijalankan secara muafakat oleh semua agensi kerajaan dan swasta pasti membuahkan kejayaan," kata beliau.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah dan Setiausaha Pertama, Kedutaan Diraja Arab Saudi, Ali Ibrahim A. Alheji. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 21 2016
Menurut Jamil, peningkatan kos haji berlaku setiap tahun dan pada musim Haji 1437 Hijrah (H)/2016 yang baru selesai, ia sudah mencecah RM18,890 seorang. - Foto AFP
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu
Kes SRC: Najib mohon derma daripada Arab Saudi, bukan ditawar - Jamil Khir
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Tun Razak memohon sumbangan derma daripada Arab Saudi, dan bukan ditawarkan oleh negara berkenaan.
'Ludah dan jilat balik' hanya berlaku dalam Pakatan Harapan - Sohaimi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan Pakatan Harapan cuba menanam politik kebencian terutama apabila wujudnya pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah mula operasi
Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah ditubuh secara rasmi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di ibu negara.
Inilah tempat 'berteduh' untuk mualaf
Ada antara mualaf yang dibuang keluarga malah ada yang kehilangan pekerjaan.
LTSAH dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa - PM Najib
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) akan dinaik taraf menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang.
Suruhanjaya Pendidikan Malaysia pastikan dasar pendidikan dipatuhi - TPM Ahmad Zahid
Pengwujudan Suruhanjaya Pendidikan Malaysia akan memastikan kepatuhan semua pihak dalam dasar pendidikan negara.
"Adatlah iman naik dan turun" - Komen Safiey Illias selepas dikecam kembali 'wanita'
Selepas lebih kurang dua minggu kembali dengan imej wanita, pengasas kosmetik Safiey Illias akhirnya tampil memberi penjelasan.
Zamihan pakar pulihkan tahanan militan - TPM Ahmad Zahid
Pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zamihan Mat Zin merupakan aset penting dan pakar dalam memulihkan tahanan yang menyokong kegiatan militan.
GoUmrah.travel beri kebebasan jemaah buat tempahan
GoUmrah.travel menjadi portal tempahan pilihan pakej umrah yang memberi kebebasan bakal jemaah membuat jadual sendiri tidak mengikut pakej agensi seperti kebiasaaannya.