JERANTUT: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bakal mengkaji harga binaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang akan dibina di kawasan pedalaman yang jauh daripada bandar serta had kelayakan pendapatan isi rumah pemohon sebanyak RM3,000.
Pengerusi SPNB, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, ketika ini peruntukan RM75,000 untuk membina sebuah rumah bersaiz 750 kaki persegi yang dibina di kawasan yang jauh di pedalaman masih sama dengan kos binaan rumah yang berdekatan kawasan bandar dan memerlukan kos tambahan.
“Banyak keluhan daripada kontraktor yang membina RMR di kawasan pedalaman seperti di kawasan Hulu Tembeling, Jerantut yang jauh daripada bandar memerlukan kos tambahan untuk mengangkut bahan binaan yang jauh atau kos menggunakan pengangkutan bot sekiranya perlu menyeberangi sungai.
“SPNB akan kaji semula kawasan atau zon memandangkan kedudukan geografi yang tahap ketersampaian yang memerlukan kos tambahan yang diperlukan,” katanya di Majlis Taklimat Rumah Mesra Rakyat (RMR), Penyerahan Inden Kerja Kontraktor dan Serah Kunci RMR di Parlimen Jerantut, di Dewan Majlis Daerah Jerantut, hari ini.
Turut hadir, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Pengarah SPNB Pahang, Datuk Islanizam Abdul Halim.
Katanya lagi, selain itu mengenai kelayakan pemohon berpendapatan isi rumah RM3,000 pada masa ini, ada yang berpandangan ia wajar dikaji dan dinaikkan kepada RM5,000 bersesuaian dengan keadaan masa kini.
“Ketika ini sebanyak 51,118 unit RMR telah dibina sejak 2002 termasuk Sabah dan Sarawak, manakala pada tahun 2021/2022 sebanyak 5,000 telah dibina dan 2023 bakal membina 10,000 lagi.
“Di Pahang sahaja RMR sudah dibina 4,500 unit dan pada 2021/2022 sebanyak 48 pemohon sudah menerima kunci rumah dan 66 unit sedang dibina,” katanya
Katanya, setakat 30 Jun 2022 sebanyak 191,574 permohonan diterima dan 57,037 pemohonan telah diluluskan.
Amir Hamzah Nordin
Mon Sep 05 2022

Mohd Nizar (belakang, tengah) hadir pada Majlis Taklimat Rumah Mesra Rakyat (RMR), Penyerahan Inden Kerja Kontraktor dan Serah Kunci RMR di Parlimen Jerantut, di Dewan Majlis Daerah Jerantut, hari ini. - Foto Astro AWANI
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.

SPNB rancang bina 5,000 unit RMR seluruh negara tahun depan
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam perancangan membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara tahun depan.

JHEV perhalusi kenaikan kos bina rumah baharu veteran ATM
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memperhalusi kenaikan kos pembinaan rumah baharu untuk veteran atau waris anggota tentera.

Balu bekas pemain bola sepak Kelantan dapat rumah
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyumbangkan sebuah Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2.0 kepada balu bekas pemain bola sepak Kelantan di Kampung Gong Datuk, di sini, hari ini.

AmanahRaya, SPNB meterai MoU bantu pemilik rumah terima produk perancangan pewarisan
Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) telah memeterai Perjanjian Kolaborasi Strategik (MoU)

Melaka kekal status negeri tawar harga rumah terendah, purata RM207,600
Melaka masih mengekalkan status negeri menawarkan harga rumah terendah di Malaysia pada harga purata RM207,600 berbanding RM458,751 di peringkat nasional hingga suku ketiga tahun lepas.

SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua
SPNB melakukan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat khusus untuk generasi kedua.

Kerajaan belanja lebih RM5 juta untuk bina, baik pulih rumah veteran ATM - Adly
Kementerian Pertahanan membelanjakan lebih RM5 juta untuk pembinaan rumah baharu serta baik pulih veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Lebih 5,000 Rumah Mesra Rakyat dibina tahun ini
Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.

SPNB bina 3,410 unit rumah mesra rakyat tahun ini
Sebanyak 3,410 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di seluruh negara di bawah seliaan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada tahun ini.