SHAH ALAM: Kenaikan mendadak kos penyelenggaraan kenderaan menyebabkan pengusaha bas sekolah terpaksa mengkaji semula tambang ditetapkan.
Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, pihaknya terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos operasi serta penyelenggaraan kenderaan yang terpaksa ditanggung mereka.
“Ibu bapa sedia maklum dengan kos operasi yang terlalu tinggi sekarang. Cuma saya jangkakan pengusaha akan bagi kelonggaran.
"Contohnya dalam satu keluarga itu sekiranya ada lima orang naik bas yang sama, seorang sahaja yang akan dinaikkan tambang,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Rofik berkata, pengusaha bas sekolah sebenarnya tersepit dengan kos operasi yang meningkat.
“Jika dilihat daripada kos alat ganti, langsung tidak terkawal. Harga alat ganti dan tayar (semuanya) naik,” ujarnya.
Selain itu, katanya, industri bas juga mengalami kekurangan pemandu sama ada melibatkan pemandu bas sekolah atau bas ekspres.
“Boleh dikatakan 80 peratus dulunya pemandu bas sekarang ini sudah bawa lori. Bila sudah bawa lori, mereka tak mahu bawa semula bas sekolah.
“Hampir 60 peratus pengusaha bas sekolah juga sudah ‘gulung tikar’. Mereka tak mampu lagi (tanggung kos operasi) sebab sudah dua tahun tersadai,” ujarnya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 13 2022
GPBSM berkata pihaknya terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos operasi serta penyelenggaraan kenderaan yang terpaksa ditanggung mereka. -Gambar fail
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
FIM MiniGP Dunia: Qabil Irfan, Qayyim Razin ke Aragon berbekal keyakinan tinggi
"Saya dengar pelumba di sana 'main kasar' dan saya perlu begitu juga. Tapi tidak boleh sampai membahayakan pelumba lain."
KUSKOP cadang anjur karnival usahawan wanita sempena kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencadangkan agar satu karnival usahawan wanita diadakan sewaktu kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Tarikh pilihan raya umum belum ditetapkan - PM Singapura
Lawrence Wong berkata beliau mempunyai "masa sehingga hujung tahun depan" untuk menentukannya.
Penghantar produk kesihatan warga Thailand ditahan di Rantau Panjang
Seorang wanita warga Thailand yang bertindak sebagai penghantar ditahan kerana disyaki menyeludup pelbagai jenis produk kesihatan yang dianggarkan bernilai RM7,360 dalam Operasi Taring Wawasan.
It’s About YOUth: Supporting young families
Rising childcare and education costs in Malaysia are pushing many young couples to delay or forgo having children. UNFPA’s Lee Min Hui and PJ Lestari advocate Nur Hafizah Noslan discuss potential government strategies to ease the pressures on young parents. #ItsAboutYOUth
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
AWANI Ringkas: Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemukan di tebing sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 8th Nov 2024
#AWANITonight 8 Nov 2024 with Saraya Mia
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
Kos alat ganti tidak terkawal, tambang bas sekolah dikaji semula
Pihaknya terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos operasi serta penyelenggaraan kenderaan yang terpaksa ditanggung mereka.