Seorang lelaki warganegara China yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan 2019-nCoV Novel Koronavirus telah pulih sepenuhnya.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut KKM, keadaan lelaki berusia 63 tahun itu yang dirawat di wad pengasingan Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah bertambah baik setelah diberi rawatan dengan kaedah Symptomatic Treatment.
Dalam masa yang sama, lelaki berkenaan diberikan pengawasan berterusan sepanjang rawatan dan tiada keperluan untuk menggunakan rawatan ubat antiviral dalam tempoh tersebut.
Selain itu, lelaki berkenaan turut menjalani dua ujian ulangan bagi 2019-nCoV yang dijalankan secara berturut ke atasnya pada 7 dan 8 Februari 2020.
Hasil ujian berkenaan, status kesihatan bagi virus tersebut adalah negatif dan pesakit dibenarkan pulang pada petang ini.
Kes ini adalah merupakan kes ketiga berjaya pulih sepenuhnya.
BACA: Kanak-kanak warga China positif koronavirus di Malaysia pulih sepenuhnya
BACA: Koronavirus: Pesakit pernah tenat, kini pulih sepenuhnya
Meskipun keputusannya positif, namun KKM dengan kerjasama pelbagai pihak akan terus mempertingkatkan lagi kesiapsiagaan dan respon terhadap kejadian jangkitan 2019-nCoV di Malaysia dan akan ambil tindakan sepatutnya bagi menangani wabak ini.
KKM turut memaklumkan walaupun terdapat pelaporan kes positif jangkitan 2019-nCoV di Malaysia dari semasa ke semasa, namun setakat ini, ia masih lagi terkawal.
Setakat ini tiada sustained human-to-human transmission dan tiada kes-kes terpencil yang dilaporkan.
Nickyson Nyambar
Sun Feb 09 2020
![Koronavirus: Lelaki warganegara China dirawat di HKL pulih sepenuhnya Koronavirus: Lelaki warganegara China dirawat di HKL pulih sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581239693_TBHKL.jpg)
Pesakit berkenaan dibenarkan pulang setelah status kesihatannya berkenaan 2019-nCoV disahkan negatif. -Gambar KKM
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Koronavirus: Lelaki warganegara China dirawat di HKL pulih sepenuhnya Koronavirus: Lelaki warganegara China dirawat di HKL pulih sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581239693_TBHKL.jpg)
Koronavirus: Lelaki warganegara China dirawat di HKL pulih sepenuhnya
Pesakit diberikan rawatan Symptomatic Treatment dan dua ujian ulangan secara berturut. Keputusannya adalah negatif...
![Koronavirus: Angka kematian di China naik 73 dengan 3,694 jangkitan baru Koronavirus: Angka kematian di China naik 73 dengan 3,694 jangkitan baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81580911623_korea.jpg)
Koronavirus: Angka kematian di China naik 73 dengan 3,694 jangkitan baru
Sehubungan itu, jumlah kematian terkini akibat 2019 nCoV di tanah besar China adalah sebanyak 563.
![Kenyataan tular krew kapal dari Wuhan masuk Melaka tidak tepat - Pengarah Kesihatan Kenyataan tular krew kapal dari Wuhan masuk Melaka tidak tepat - Pengarah Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51580484685_TBCORONAKLIA.jpg)
Kenyataan tular krew kapal dari Wuhan masuk Melaka tidak tepat - Pengarah Kesihatan
Kenyataan dimuat naik di laman Facebook Geng Viral Melaka menggunakan nama 'Shahnol Sundara' itu tidak tepat kerana kapal yang berlabuh bersama anak kapal pada Isnin lepas bukan dari Wuhan.