Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) disifatkan sebagai projek 'biawak hidup' yang membebankan rakyat susulan daripada jumlah kerugian yang dicatatkannya setakat ini sebanyak RM474.4 juta.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, projek yang dibangunkan oleh pimpinan terdahulu itu telah mengakibatkan kerajaan negeri melalui salah satu anak syarikat agensinya terpaksa menanggung pembayaran semula pinjaman yang dibuat daripada bank berjumlah RM15 juta setahun selain mengalami kerugian hampir setengah bilion.
"Jumlah kerugian dicatatkan sebanyak RM474.4 juta termasuk kemerosotan nilai aset sebanyak RM186.5 juta dan kerugian kemerosotan nilai atas penghutang bukan dagangan sebanyak RM90.4 juta.
"Perak Corporation Berhad iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) merupakan pemegang saham terbesar di dalam projek MAPS dengan jumlah pelaburan sebanyak RM248 juta.
"Kerugian yang dialami dan bayaran semula pinjaman bank ini siapa nak bayar? Perak Corporation Berhad terpaksa tanggung RM15 juta setahun, ia bagaikan ekonomi negeri berdarah setiap hari, kerugian ini sepatutnya boleh digunakan untuk perbelanjaan lain yang menguntungkan rakyat," katanya pada satu sidang media khas di sini pada Isnin.
Justeru, Kor Ming yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Aulong, menggesa kerajaan negeri terdahulu yang dipimpin bekas Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapan yang dilakukan pihaknya dan satu siasatan forensik dalaman perlu dilakukan terhadap projek terbabit.
"Sudah berkali-kali kami dari Pakatan Harapan mengingatkan mereka (Kerajaan Negeri BN) supaya tidak terlibat dalam projek ini sebelum ini kerana bukan tugas kerajaan negeri untuk terlibat di dalam bidang taman tema.
"Satu persoalan lagi adalah pada permulaan projek ini kerajaan negeri tidak terlibat, PKNP hanya sepatutnya terlibat urusan tanah sahaja, pengurusan serah kepada pihak swasta untuk memajukan taman tema ini, namun tidak tahu kenapa tiba-tiba rancangan telah berubah dan kerajaan negeri jadi pelabur terbesar dalam projek ini.
"Walaupun kerajaan negeri ketika ini nak selamatkan projek gajah putih ini tetapi lebih penting audit forensik perlu disegerakan, mereka yang terlibat membuat keputusan untuk terlibat dalam projek ini juga perlu disiasat dan jika perlu wajib dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.
Shafiq Noordin
Mon Aug 13 2018

KOR MING: "Jumlah kerugian dicatatkan sebanyak RM474.4 juta termasuk kemerosotan nilai aset sebanyak RM186.5 juta dan kerugian kemerosotan nilai atas penghutang bukan dagangan sebanyak RM90.4 juta. - Gambar fail

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

DAP lantik audit bebas antarabangsa pastikan pemilihan CEC bersih, telus
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim berkata badan audit bebas itu akan bertindak sebagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pemilihan tersebut.

Ketua DAPSY Woo Kah Leong dipilih Ketua Angkatan Muda Harapan baharu
Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Woo Kah Leong dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Harapan yang baharu.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,