ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat koperal tidak mengaku bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak melaporkan penahanan individu yang disyaki memiliki dadah dua tahun lalu.
Tertuduh Sazali Lokhman, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.
Mengikut pertuduhan pertama, Sazali didakwa secara rasuah meminta rasuah RM40,000 daripada seorang wanita berusia 26 tahun.
Bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa bersetuju menerima RM10,000 daripada wanita yang sama.
Kedua-dua kesalahan itu berlaku di dalam sebuah kereta pada 29 Nov 2022, di Zon Perindustrian Bandar Darul Aman, Kubang Pasu kira-kira jam 2 petang.
Manakala bagi pertuduhan ketiga, Sazali didakwa memperoleh RM9,000 secara rasuah daripada seorang lelaki berusia 30 tahun di Jalan Langgar di Alor Setar pada 30 Nov 2022, kira-kira jam 9 malam.
Sazali, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, didakwa meminta semua suapan itu sebagai dorongan untuk tidak melaporkan penahanan seorang pesalah dadah berusia 29 tahun.
Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi jika disabitkan.
Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwaan SPRM Mohd Zulfadli Azharudin manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Samsul Nizam Sohhimi.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 18 Ogos depan untuk sebutan semula kes.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jul 22 2024

Sazali Lokhman hadir di Mahkamah Sesyen Alor Setar bagi menghadapi pertuduhan hari ini. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Rasuah: Koperal polis dihukum penjara tiga tahun, denda RM80,000
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud juga memerintahkan Azrol Khalil, 37, dipenjara setahun jika gagal membayar denda.

Koperal polis didakwa minta rasuah RM40,000 berhubung kes dadah
Seorang anggota polis berpangkat koperal tidak mengaku salah selepas didakwa atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Koperal dipercayai bunuh diri ada kebenaran simpan pistol - KP Seremban
Orang ramai menemui lelaki itu dan anaknya di sebuah kereta di jalan raya di Taman Sentosa Jaya sekitar jam 6.40 petang pada Khamis.

Kes curi kambing: Koperal polis menangis teresak-esak rayu ringan hukuman
Padah menerima suapan RM3,000 sebagai dorongan menggelapkan kes curi kambing, tahun lalu, seorang anggota polis berpangkat koperal di denda RM5,000.