JASIN: Seorang pemandu lori direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung tragedi kemalangan yang mengakibatkan seorang kontraktor maut ketika sedang menukar tayar kereta di kilometer 179.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Jasin, Melaka pagi semalam.
Perintah reman sehingga Jumaat ini terhadap lelaki berusia 37 tahun itu, dikeluarkan Majistret Tan Chai Wei di Mahkamah Jasin di sini pagi tadi.
Terdahulu suspek berpakaian lokap ungu tiba di pekarangan kompleks mahkamah diiringi anggota polis pada jam 9.15 pagi menaiki kenderaan polis.
Penahanan suspek bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun dan denda RM20,000.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam itu, Khaidzir Zainuddin, 59 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak bongsunya parah selepas dirempuh lori ketika sedang menukar tayar kereta mereka.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, anak mangsa, Muhammad Ashraf, 22 tahun, yang patah tulang rusuk dibawa ke Hospital Tangkak, Johor untuk rawatan lanjut.
Menurut beliau, sebelum kejadian, kedua-dua beranak terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pengerang, Johor sebelum tayar keretanya pancit ketika tiba di lokasi.
Perlanggaran itu tambah beliau, menyebabkan lori tunda terbabit melanggar kedua-dua mangsa yang berada di but kereta Mercedes Benz milik mereka menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke tepi lebuh raya.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Nov 29 2022
Terdahulu suspek (tengah) berpakaian lokap ungu tiba di pekarangan kompleks mahkamah diiringi anggota polis pada jam 9.15 pagi menaiki kenderaan polis. - Foto Astro AWANI
Firma kajian positif tawaran RM11 sesaham untuk swastakan MAHB adalah terbaik
Pelabur juga boleh mendapat manfaat daripada sumber dan visi pemberi tawaran bersama untuk pertumbuhan mampan, menjadikan cadangan itu menarik.
PM Anwar bertemu Macron, bincang soal Palestin, teroka kerjasama AI
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan berkenaan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Malaysia ambil bahagian Sidang Kemuncak G20 selepas 9 tahun
Kehadiran PM Anwar atas kapasiti negara jemputan disambut oleh Presiden Brazil, Luiz Incio Lula da Silva selaku tuan rumah.
'Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah
Tunku Azizah kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.
Trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu semakin meningkat - FOMCA
FOMCA beri amaran kepada orang ramai tentang trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu yang semakin meningkat.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Kementerian Digital, KUSKOP bekerjasama rangka dasar bantu PMKS guna pendigitalan
Kementerian Digital sedang berbincang dengan KUSKOP untuk bekerjasama merangka dasar baharu bagi membantu PMKS menerima guna pendigitalan dalam perniagaan mereka.
UTEM komited lahirkan 300,000 pakar bidang AI, keselamatan siber menjelang 2030
FAIX akan mula menerima pelajar baharu bagi kemasukan tahun 2025/2026 dan pengambilan dijadualkan Oktober 2025.
Kontraktor maut dirempuh lori waktu tukar tayar, lelaki direman
Seorang pemandu lori direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung tragedi kemalangan yang mengakibatkan seorang kontraktor maut ketika sedang menukar tayar kereta.