Kontraktor yang terlibat dalam kejadian sebuah banglo runtuh menyebabkan seorang pekerja binaan terbunuh di Seksyen 7 di sini dua bulan lalu didenda RM10,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Syarikat Sara Design Studio mengaku bersalah melakukan kerja-kerja ubahsuai banglo itu tanpa lesen sah Lembaha Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

Banglo terlibat runtuh kira-kira pukul 4.20 petang 19 Oktober lalu mengakibatkan seorang pekerja binaan warga Indonesia maut di tempat kejadian setelah dihempap runtuhan bumbung konkrit.

Mangsa dikenali sebagai Totok Mohamad Anthony, 30. Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pasukan Bomba dan Penyelamat kira-kira pukul 6.24 petang dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Majlis Bandaraya Shah Alam juga mengesahkan pemilik banglo berkenaan tidak mengemukakan pelan tambahan pengubahsuaian rumah mereka.