Majlis Keselamatan Negara (MKN) diarah memantau projek pembalakan berskala besar di Hutan Merapoh dekat Kuala Lipis, Pahang bagi memastikan ia dihentikan sepenuhnya.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, arahan itu dicapai susulan perbincangan beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam.
“Saya sudah minta Shahidan untuk menghantar orang (penguat kuasa) untuk memantau (Hutan Merapoh).
“Saya sudah bincang dengan beliau bagi mengatur kedudukan anggota-anggota MKN ke situ,” katanya pada sidang media Parlimen, di sini, hari ini.
Wan Junaidi menambah, beliau juga telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar supaya sebarang aktiviti pembalakan dan pembangunan di kawasan terbabit dihentikan serta merta.
Sekiranya arahan itu tidak dipatuhi, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang ingkar.
“Kita telah kaji secara ringkas, banyak pihak yang terlibat dalam hal ini, pembangunan dan pembalakan yang dijalankan tidak mematuhi undang-undang alam sekeliling 1974.
“Saya dah arahkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya keluarkan perintah berhenti kerja untuk semua aktiviti di hutan tersebut. Semalam pun ada kontraktor masih buat kerja,” katanya.
Wan Junaidi berkata kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk kerja-kerja pembalakan dan pembangunan di hutan tersebut juga tidak dilaksana sebelum penerokaan dibuat.
“Saya nak satu kajian semula berhubung dengan hutan ini dijalankan dan saya akan berbincang dengan kerajaan negeri berhubung perkara ini.
“Walaupun kawasan yang hendak dibangunkan ini merupakan tanah hak milik persendirian, pemberian tanah itu diberikan dalam kawasan hutan simpan pada awal tahun 2000 dahulu, iaitu sebelum kajian EIA dijalankan.
"Pembangunan dijalankan pada zaman ini, jadi semua pihak kena patuh arahan ini,” katanya.
Beliau berkata walaupun tanah, hutan dan air milik kerajaan negeri, semua pihak perlu akur dengan kajian JAS bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya bencana.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Nov 30 2017

Pemandangan udara Hutan Merapoh. Foto PEKA Malaysia
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Kontraktor degil, MKN diarah pantau Hutan Merapoh
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar supaya sebarang aktiviti pembalakan dan pembangunan di Hutan Merapoh dihentikan sepenuhnya.