HULU LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menunjukkan bukti beliau tidak menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi Perdana Menteri.
Berucap pada ceramah Jelajah Perpaduan di Semenyih pada Selasa malam, Perdana Menteri mendakwa, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah mengayakan kroni dan keluarga.
Dakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi, negara ini telah rosak kerana tindakan Perdana Menteri yang hanya menjaga kuasanya dan keluarga sendiri.
"Dia (Muhyiddin) sakau sana sini... dia boleh maki saya berbakul-bakul. Tetapi dia tak boleh tegur atau kecam saya (atas alasan) saya guna kuasa untuk sakau duit negara ini.
"Saya nak tanya Muhyiddin, dok cakap banyak sangat... boleh tak, kamu sebut 'tak buat apa-apa'? Kayakan kontrak anak kamu dan menantu kamu... (tetapi) kamu cakap bersih," ujarnya dalam ceramah berkenaan.
Anwar menegaskan, beliau juga telah melihat fail-fail yang dipercayai berkaitan unsur penyalahgunaan kuasa.
"... ada orang pula (cakap), 'ya betul Tan Sri bersih'. Saya sekarang tak macam dulu, saya tak tengok fail.
"Sekarang, saya tengok fail (sebagai Menteri Kewangan)," jelas beliau.
BACA: Jangan ingat boleh guna kuasa untuk kayakan anak, menantu - Anwar
Pada 9 Februari lalu, Muhyiddin menafikan dakwaan beliau terlibat memberikan kontrak Sistem Imigreen Bersepadu nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad, yang dikaitkan dengan menantunya.
Menurut beliau, ia merupakan satu fitnah yang sengaja dilakukan dan direka untuk mencalarkan maruahnya dan keluarga.
Ahli Parlimen Pagoh itu juga mendakwa perkara tersebut adalah sebahagian daripada siri tohmahan jahat terhadap dirinya yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional pimpinan Anwar.
Hasimi Muhamad
Tue Aug 01 2023

Perdana Menteri mendakwa, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah mengayakan kroni dan keluarga. - Foto fail/BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.