Pejabat Konsulat Indonesia di Tawau sudah menghubungi syarikat pemilik tongkang 'Anand 12' yang dilaporkan dirampas pada 26 Mac lepas, berhubung penemuan tongkang itu di perairan Tungku, Lahad Datu, Ahad lepas.
Konsul Indonesia di Tawau Abdul Fatah Zainal berkata sebaik dimaklumkan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengenai penemuan tongkang itu, pihaknya terus menghantar pegawai ke Lahad Datu untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tongkang itu dirampas kumpulan Abu Sayyaf di perairan Filipina pada 26 Mac lepas.
"Sebaik mendapat maklumat terperinci, kami berusaha mencari pemilik tongkang itu. Alhamdulillah, kami dapat berbual dengan seorang kakitangan syarikat berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini tetapi enggan mendedahkan nama syarikat dan lokasinya atas faktor keselamatan.
Abdul Fatah berkata pihaknya telah memaklumkan dokumen dan prosedur yang perlu dipatuhi pemilik untuk mendapatkan semula tongkang dan muatannya.
Kami dimaklumkan, pihak berkuasa memerlukan sekurang-kurangnya dua minggu bagi menyelesaikan penyiasatan menyeluruh tongkang itu, katanya.
Dalam kejadian 26 Mac itu, bot tunda dan tongkang yang membawa arang batu dari Kepulauan Borneo ke Filipina dipercayai dirampas oleh kumpulan Abu Sayyaf manakala 10 kru bot tunda berkenaan, semuanya warga Indonesia, telah diculik.
Setakat ini, kami belum menerima sebarang tuntutan wang tebusan daripada mana-mana pihak termasuk daripada pihak yang bertanggungjawab membawa kru bot tunda Brahma 12 yang dirampas ketika dalam perjalanan dari Kepulauan Borneo ke Filipina," katanya.
Abdul Fatah berkata pihaknya sedang berusaha sedaya upaya untuk membebaskan kesemua 10 kru yang ditahan pihak tidak bertanggungjawab di Filipina.
Mengenai tiga rakyat Indonesia yang dibebaskan bersama-sama bot tunda mereka dalam insiden penculikan empat rakyat Malaysia di perairan Pulau Ligitan, Semporna, Jumaat lepas, Abdul Fatah berkata pihaknya dan syarikat kapal tunda itu akan memastikan kebajikan semua anak kapal berkenaan termasuk warga Myanmar.
"Ketika kami melawat kapal itu pada Ahad lepas, keadaan mereka amat menyedihkan kerana tiada apa-apa lagi bekalan makanan untuk dimakan, katanya.
Abdul Fatah berkata sebelum kejadian, bot tunda Massive 6 itu membawa arang batu ke Manila dan ketika dalam perjalanan balik ke Samarinda untuk mengambil arang batu lagi, mereka kehabisan bekalan makanan dan ingin singgah di Tawau untuk membeli keperluan itu.
Kerajaan Indonesia, katanya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa Malaysia yang memberi kerjasama sepenuhnya berhubung kedua-dua kes berkenaan.
Bernama
Tue Apr 05 2016
Tongkang itu dirampas kumpulan Abu Sayyaf di perairan Filipina pada 26 Mac lepas. - Foto APMM
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
Konsulat Indonesia di Tawau hubungi pemilik 'Anand 12' dirampas Abu Sayyaf
Tongkang itu dirampas kumpulan Abu Sayyaf di perairan Filipina pada 26 Mac lepas.