JOHOR BAHRU: Seorang konstabel polis antara empat lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan seorang lelaki warga Nepal di sekitar daerah Iskandar Puteri di sini, pada 12.10 tengah malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata tiga lagi yang ditahan terdiri daripada pekerja buruh binaan, pemandu bas serta pemandu lori tunda, dan kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 35 tahun itu kini direman sehingga 9 Mei.
Beliau berkata bertindak atas maklumat, pasukan polis daerah Iskandar Puteri membuat tangkapan ke atas empat individu terbabit di kawasan Gelang Patah dan Mutiara Rini, semalam, dan siasatan mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai tiga rekod jenayah lampau.
Dalam satu kenyataan malam ini katanya polis telah membuat rampasan di beberapa lokasi termasuk Mutiara Rini, Gelang Patah, tapak Indah Water Kota Iskandar serta kawasan flat Taman Ungku Tun Aminah; dan antara yang dirampas ialah lima telefon bimbit pelbagai jenama, satu kad kuasa polis, sepasang gari tangan, sebuah kereta jenis Toyota Vios, dan sebuah kereta Honda City.
"Siasatan lanjut masih dijalankan. Polis Iskandar Puteri percaya dengan tertangkapnya sindiket ini, beberapa kes samun berkumpulan berlaku sepanjang bulan ini berjaya diselesaikan," katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021

Seorang konstabel polis antara empat lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan seorang lelaki warga Nepal. -Gambar hiasan
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Konstabel polis ditahan, cubaan rogol remaja perempuan dalam tandas
Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan dipercayai terlibat dalam kes cubaan rogol seorang remaja perempuan di dalam tandas sebuah stesen minyak di Ipoh.

Konstabel baru pindah Sibu mati tertembak oleh rakan sendiri
Mangsa yang tinggal di rumah transit di IPD Sibu mempunyai seorang isteri dan seorang anak berusia setahun.

Konstabel polis antara empat ditahan terlibat kes samun
Seorang konstabel polis antara empat lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan seorang lelaki warga Nepal.

Gaji polis YA1 lebih tinggi berbanding penjawat awam Gred 19 - KPPA
Katanya, kelebihan gaji diterima polis itu mengambil kira faktor-faktor keselamatan.