SEREMBAN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) giat mendapatkan sumber bahan mentah termasuk input pertanian dari negara pengeluar lain, berikutan konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine.
Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid berkata Malaysia mengimport sebahagian bahan input pertanian seperti baja dari dua negara tersebut.
Beliau berkata walaupun perang tersebut tidak memberi implikasi besar kepada sektor pertanian negara setakat ini, pihaknya sedang melihat negara-negara pengeluar bahan mentah lain.
"Memang kita ada import bahan mentah dari Rusia dan Ukraine, tetapi kita juga berusaha mencari solusi dengan negara sumber yang lain, iaitu bahan mentah seperti minyak, baja iaitu input utama pertanian.
"Sebelum berlaku perperangan, kita berjaya membawa masuk sebahagian besar, ia mencukupi bagi tempoh sebulan dua ini," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 2022 di sini semalam.
Dalam pada itu, beliau berkata pergolakan tersebut turut memberi kesan kepada harga makanan ternakan di pasaran dunia.
"(Kenaikan harga) dedak itu lumrah, ia bergantung kepada harga pasaran dunia, sekarang ini dengan keadaan semasa ia terjejas sedikit, bagaimanapun setakat ini belum memberi implikasi yang tinggi dan kita sentiasa pastikan keadaan terkawal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022
Haslina bercakap kepada pemberita pada sidang media Majlis Penutupan Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota LPP di Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia, 13 Mac 2022. --fotoBERNAMA
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266, di Istana Negara hari ini.
'Dekriminalisasi' penggunaan dadah: KDN laksana libat urus intensif berkaitan pindaan akta
Saifuddin Nasution berkata kementerian telah mengendalikan 13 sesi libat urus pada tahun ini, 22 libat urus (2023), 11 libat urus (2022), tujuh libat urus (2021) dan empat sesi libat urus (2020).
Olimpik Paris: Perancis dikutuk gara-gara larang atlet wanita berhijab
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Perancis 'hipokrasi diskriminasi' kerana enggan membenarkan atletnya memakai hijab pada Sukan Olimpik Paris.
Pekerja kilang papan mengaku rogol, cabul budak 5 tahun
Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Pempengaruh maut: Kerajaan teliti gubal undang-undang buli siber baharu- Fahmi
Kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani insiden buli siber, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Lebih 1.3 juta murid akses DELIMa setakat 10 Julai lepas - KPM
Lebih 1.3 juta murid telah mengakses pelantar digital DELIMa bagi pembelajaran dalam talian secara aktif, setakat 10 Julai lepas.
Tentera AS tamatkan misi dermaga terapung untuk bantuan Gaza
Tentera Amerika Syarikat umum penamatan projek dermaga terapung yang ditubuhkan untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
Anggota JPJ didakwa atas 40 pertuduhan rasuah tak periksa lori syarikat pengangkutan
Seorang anggota JPJ tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas 40 pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah RM42,100, antara 2016 hingga 2019.
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan DNA sepadan dengan Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Konflik Rusia-Ukraine: MAFI usaha cari input pertanian dari negara pengeluar lain
Malaysia mengimport sebahagian bahan input pertanian seperti baja dari dua negara tersebut.