KUALA LUMPUR: Dalam menangani inflasi dan kenaikan harga barang, komunikasi merupakan antara medium amat penting kerana ia melibatkan pengguna yang perlu mendapatkan mesej jelas berkaitan situasi yang berlaku, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu berkata sekiranya pengguna tidak mendapat maklumat jelas berkaitan situasi yang berlaku, ia boleh menimbulkan masalah termasuk salah faham dan pembelian panik.
"Ia adalah seperti satu ekosistem yang melibatkan banyak segmen. Kerajaan perlu cari jalan untuk menangani kenaikan harga barang, pengeluar pula kena tingkatkan keefisienan untuk memastikan kos rendah manakala pengguna pula melakukan peranan antaranya tidak membuat pembelian panik.
"Semua segmen ada peranan masing-masing dan kalau mesej tidak sampai, semua sistem akan berlaku keadaan kucar-kacir," katanya dalam rancangan Bicara Naratif di TV1 dengan topik Tangani Inflasi Perkukuh Ekonomi malam tadi.
Annuar berkata pasukan khas itu, yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi, diwujudkan untuk bertindak secara day-to-day basis dan berbeza dengan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang lebih tertumpu kepada membuat dasar.
"Contohnya bila harga ayam mencanak naik, kita memerlukan tindakan cepat... NACCOL akan bincang bagaimana untuk buat dasar, kaedah sekuriti makanan dan lain-lain, itu adalah untuk jangka sederhana dan panjang tetapi jawatankuasa ini untuk bertindak secara pantas terutama melindungi rakyat daripada terkesan teruk akibat harga yang tidak terkawal.
"Jawatankuasa ini akan memantau keseluruhan rantaian berkaitan pembekalan ayam supaya harga distabilkan dan Alhamdulillah, harga ayam sudah stabil malah ada juga yang dijual lebih rendah daripada harga siling ditetapkan," katanya.
Kerajaan mewujudkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup.
Pasukan itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.
Annuar juga berkata kerajaan mengambil sikap sangat tegas dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat sentiasa terbela khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah.
"Jangan semudahnya lontarkan cerita kerajaan tarik subsidi, kerajaan nak susahkan rakyat. Kita boleh lihat adakah kos pengangkutan kita tinggi daripada negara lain? Adakah harga beras dan gula kita tinggi daripada negara lain?
"Dalam menguruskan negara, kita mesti memahami apa yang berlaku perlu ditangani dan kita akan ambil tindakan demi tindakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) merangkap Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa pada temu bual dalam rancangan Bicara Naratif bertajuk 'Tangani Inflasi Perkukuh Ekonomi' terbitan RTM. - Foto BERNAMA
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kempen Klik Dengan Bijak anjur 569 program pada 2023, perangi maklumat palsu
Kempen Klik Dengan Bijak telah menganjurkan 569 program di seluruh negara pada 2023 dalam usaha memerangi penyebaran maklumat palsu dan disinformasi dalam media sosial.
Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia diperkemas, elak disalah guna
Kerajaan sedang mengkaji dan memperkemaskan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.
KKOM kini dikenali Kementerian Komunikasi dan Digital - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PerantiSiswa ada sistem pengesan, tindakan boleh diambil terhadap penerima cuba jual - Annuar
Annuar menjelaskan, dengan ada sistem pengesan itu, pihaknya dapat mengetahui sama ada ia diguna oleh penerima peranti tersebut atau sebaliknya.
'RIUH BENOR!' sasar 20,000 pengunjung
Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM), 'RIUH BENOR!', akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.
8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.
Kisah Setanggi Ratna Inderapura bakal difilemkan - Zahidi
Kisah sejarah srikandi Melayu, Sultanah Alam Shah atau Raja Ungu, yang terkenal dengan berpencak senjata dapat dijadikan pengajaran buat generasi muda.
K-KOMM akan angkat industri kreatif kepada kedudukan lebih baik - Annuar
Kerajaan telah menubuhkan agensi MyCreative Ventures untuk mentransformasi kegiatan seni kraf dan kreatif.