LANGKAWI: Kerosakan atau kecacatan pada Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, Selangor yang dilaporkan sebelum ini akan dibaik pulih menjelang bulan depan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihak kontraktor projek tersebut telah memberi jaminan akan melakukan kerja-kerja baik pulih itu selepas mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor dan Jabatan Kerja Raya (JKR), baru-baru ini.
"Kami mahu pastikan mereka memenuhi tarikh yang ditetapkan. Bangunan baharu empat bilik bedah yang tidak berfungsi sangat menjejaskan penyampaian dan juga perkhidmatan Pusat Jantung di Serdang ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Terdahulu Dzulkefly bersama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengiringi Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff yang berkenan melawat ke tapak projek pembinaan bangunan tambahan Hospital Sultanah Maliha di sini.
Sebelum ini JKN Selangor dilaporkan mengesahkan Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung HSIS berhadapan isu teknikal termasuk masalah bekalan elektrik.
Bagaimanapun Dzulkefly berkata keadaan tersebut tidak mengganggu kes kecemasan kerana penyusunan akan dibuat dengan merujuk pesakit ke fasiliti lain seperti Institut Jantung Negara (IJN).
Dalam pada itu beliau berkata projek pembinaan bangunan tambahan Hospital Sultanah Maliha yang bermula pada 20 Jan 2022 telah mendahului jadual sebanyak 15 hari iaitu mencapai 22.5 peratus kemajuan.
Menurutnya projek yang dijadual siap pada 26 Dis tahun depan membabitkan kos kontrak RM425 juta bagi meningkatkan bilangan perkhidmatan kepakaran serta mengurangkan kebergantungan dan rujukan pesakit ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan hospital lain.
"Bangunan tambahan ini turut meningkatkan bilangan katil tambahan sebanyak dua kali ganda iaitu daripada 110 kepada 330 katil bagi menampung populasi penduduk Pulau Langkawi yang berkembang serta kehadiran pelancong yang semakin meningkat," katanya.
Dzulkefly berkata kementerian akan memastikan fasiliti yang serba lengkap itu turut disokong dengan sumber manusia mencukupi dan teknologi pendigitalan terkini bagi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia dapat diberikan di hospital tersebut.
"KKM akan terus meningkatkan imej fasiliti dan perkhidmatan hospital ini seterusnya mengambil peluang kehadiran pelancong yang tinggi di Pulau Langkawi bagi mempromosikan pelancongan kesihatan yang berpotensi tinggi untuk ditawarkan di Hospital Sultanah Maliha," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Dr Dzulkefly memberi penerangan ketika sidang media selepas mengiringi Sultan Kedah bersama Sultanah Kedah yang berkenan mencemar duli melawat ke tapak Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha hari ini. - Foto Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung HSIS dibaik pulih menjelang bulan depan
Kerosakan atau kecacatan pada Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, Selangor yang dilaporkan sebelum ini akan dibaik pulih menjelang bulan depan.