KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpandangan kompaun RM1,000 terhadap pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342, tidak berkesan.
Jelasnya denda maksimum dikenakan itu tidak memadai dengan kesalahan dilakukan oleh penganjur atau syarikat tertentu dalam mematuhi SOP yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
"Secara peribadi, dengan kelonggaran kita berikan dan kelonggaran yang akan diumumkan selepas ini, banyak syarikat diamanahkan dan dipertanggungjawab untuk patuhi SOP ditetapkan.
"Dalam konteks ekonomi, denda sedia ada dengan pulangan syarikat terlibat, jauh begitu tak berkesan atau sebagai usaha untuk menegah, kerana syarikat mendapat pulangan berbilion jadi setakat RM1,000 tidak memadai sebab itu ia harus dibentangkan semula ke Parlimen," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di Parlimen hari ini.
Justeru Hishammuddin mengingatkan pihak penganjur dan syarikat yang mengadakan sebarang majlis agar menunaikan janji mereka untuk memastikan tiada pelanggaran SOP berlaku dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.
"Inilah dia janji-janji pihak yang minta kebenaran nak anjur (majlis) tetapi tidak mampu mengawalnya...bila nakkan sesuatu diumumkan semua boleh (patuh SOP) tetapi akhirnya dari segi pemantauan dan penguatkuasaan ia tidak berjaya," katanya.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Azmi Ghazali hari ini membentangkan Rang undang-undang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 342 yang membolehkan individu ingkar dikompaun sehingga RM10,000 berbanding RM1,000 ketika ini.
Menurut naskhah biru, pindaan di bawah seksyen 25, Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 itu turut mencadangkan pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ditetapkan boleh dikompaun sehingga maksimum RM1 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media sempena Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Salah guna teknologi boleh wujudkan rasuah bentuk baharu - Azam Baki
Penyalahgunaan teknologi seperti ancaman siber boleh mewujudkan rasuah bentuk baharu, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus
Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline.

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.

75 kes dengan kompaun RM8,600 dikesan sepanjang SHMMP Krismas - KPDN
Kesalahan itu dikesan menerusi 2,748 pemeriksaan yang dijalankan terhadap premis runcit, borong dan pengeluar di seluruh negara.

'Saya dah bayar kompaun kesalahan merokok' - Tok Mat
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan telah menjelaskan kompaun kesalahan merokok yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadapnya baru-baru ini.

Tidak patuh PPKHT 2004: JKNPP keluar 7,839 notis, kompaun lebih RM1 juta
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 7,839 notis kehadiran ke mahkamah membabitkan tawaran kompaun bernilai RM1.11 juta.

KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan
Angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.

Tujuh pemilik tanah di Kelantan dikompaun kerana pembakaran terbuka
Kesemua mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang menjadikan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM14,000.

Kompaun RM4.4 juta dikeluarkan kepada 12 syarikat berkaitan GISB - Armizan
KPDN telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB baru-baru ini.

Kompaun RM1,000 jika buang puntung rokok di pantai
Kesedaran awam masih rendah dan ada yang membuang putung rokok di merata tempat.

Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun
Ops bersepadu ini akan terus dijalankan oleh JAS di seluruh daerah bagi memastikan kualiti udara di negeri ini terpelihara.

DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai
Kadar kompaun kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).