IPOH: Dakwaan berhubung kompaun pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikeluarkan di Kampung Rapat di sini yang dipaparkan di laman sosial Facebook 'Kuan Chee Heng' pada Ahad, adalah tidak benar.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata semakan pihaknya mendapati tiada kompaun seperti didakwa telah dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB dalam kalangan polis daerah Ipoh setakat ini.
"Semakan lanjut dengan pemilik facebook Kuan Chee Heng juga mendapati bahawa individu yang mendakwa dikompaun, gagal dihubungi melalui nombor telefon yang diberikan oleh pemilik akaun laman sosial berkenaan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan yang ditularkan," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Beliau berkata satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Polis Balai Kampung Rapat mengenai perkara yang tular itu bagi menyiasat kejadian.
Status yang dimuat naik itu turut dikongsikan laman sosial facebook 'Najib Razak' dan mendapat perhatian ramai.
Status itu mendakwa seorang pembantu tukang masak dikenakan kompaun RM10,000 semasa keluar menerusi pintu belakang restoran berkenaan untuk menghisap rokok, dan dia tidak dapat mengirimkan wang kepada ibunya berikutan terpaksa berhutang dengan pihak restoran bagi membayar kompaun berkenaan, dan gajinya turut dipotong untuk membayar hutang.
Asmadi mengingatkan agar segala isu berkaitan tindakan undang-undang oleh pihak polis disalurkan dengan betul dan tidak disebarkan dengan sewenangnya di media sosial tanpa disokong fakta sebenar bagi mengelak penyebaran maklumat palsu.
"Saya ingin menegaskan bahawa pihak polis sentiasa menjalankan amanah penguatkuasaan undang-undang dengan adil dan profesional khususnya dalam mengawal penularan wabak COVID-19 melalui tindakan yang tegas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 14 2021

Semakan pihaknya mendapati tiada kompaun seperti didakwa telah dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB. -Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Polis nafi tahan lelaki di masjid kerana tidak patuh SOP PKP
Polis menafikan telah menahan seorang lelaki di sebuah masjid di Gelugor di sini kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kompaun pembantu tukang masak di Kampung Rapat, Ipoh tidak wujud
Semakan lanjut dengan pemilik facebook Kuan Chee Heng juga mendapati bahawa individu yang mendakwa dikompaun, gagal dihubungi melalui nombor telefon yang diberikan oleh pemilik akaun laman sosial itu.

Empat individu dikompaun RM10,000 langgar SOP di Sibu
Mereka yang dikompaun termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang tidak memakai pelitup muka.