KUANTAN: Jabatan Kesihatan Pahang menegaskan tindakan pegawainya mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada pengurusan Masjid Sri Maulana, Pekan baru-baru ini adalah mengikut garis panduan dan tatacara sedia ada.
Pengarahnya Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah berkata pegawai berkenaan juga telah menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh hemah dan sempurna.
"Sebarang usaha memperkecil tindakan dan prosedur tersebut (mengeluarkan kompaun) boleh diertikan sebagai mencabar peruntukan undang-undang yang diwartakan.
"Pihak Jabatan Kesihatan Pahang telah membuat laporan polis berhubung mesej yang berkisar di media sosial berkaitan isu pengeluaran kompaun itu," katanya menerusi kenyataan di sini.
Pada 20 April lepas, Dr Bahari mengesahkan pengurusan masjid berkenaan dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan seperti disyaratkan dalam prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa.
Kompaun itu bagaimanapun telah dibayar dengan diskaun pengurangan sebanyak RM5,000.
Gambar kompaun itu tular di media sosial dan beberapa hari kemudian, gambar serta maklumat media sosial pegawai yang mengeluarkan saman tersebut juga tular dan mendapat pelbagai reaksi warganet termasuk ada yang mengecam tindakan beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 29 2021
Pengurusan masjid berkenaan dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan kod QR MySejahtera pada 20 April lepas. - Foto masjid.islam.gov.my
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266, di Istana Negara hari ini.
'Dekriminalisasi' penggunaan dadah: KDN laksana libat urus intensif berkaitan pindaan akta
Saifuddin Nasution berkata kementerian telah mengendalikan 13 sesi libat urus pada tahun ini, 22 libat urus (2023), 11 libat urus (2022), tujuh libat urus (2021) dan empat sesi libat urus (2020).
Olimpik Paris: Perancis dikutuk gara-gara larang atlet wanita berhijab
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Perancis 'hipokrasi diskriminasi' kerana enggan membenarkan atletnya memakai hijab pada Sukan Olimpik Paris.
Pekerja kilang papan mengaku rogol, cabul budak 5 tahun
Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Pempengaruh maut: Kerajaan teliti gubal undang-undang buli siber baharu- Fahmi
Kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani insiden buli siber, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Lebih 1.3 juta murid akses DELIMa setakat 10 Julai lepas - KPM
Lebih 1.3 juta murid telah mengakses pelantar digital DELIMa bagi pembelajaran dalam talian secara aktif, setakat 10 Julai lepas.
Tentera AS tamatkan misi dermaga terapung untuk bantuan Gaza
Tentera Amerika Syarikat umum penamatan projek dermaga terapung yang ditubuhkan untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
Anggota JPJ didakwa atas 40 pertuduhan rasuah tak periksa lori syarikat pengangkutan
Seorang anggota JPJ tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas 40 pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah RM42,100, antara 2016 hingga 2019.
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan DNA sepadan dengan Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan
Biden mengalami gejala ringan dan akan ke Delaware untuk mengasingkan diri.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.