LARANGAN bekerja untuk individu yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 menjadi topik perbincangan yang hangat beberapa hari kebelakangan ini, apatah lagi apabila isu berkaitan dibangkitkan dan mendapat perhatian ke bawah duli Tuanku Sultan Selangor sendiri.
Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kenyataan baginda bertarikh 2 September yang lalu menzahirkan rasa dukacita terhadap sejumlah 562 orang rakyat Selangor yang enggan divaksin seterusnya bertitah bahawa mana-mana guru Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA), pegawai masjid dan jurunikah di Selangor yang terlibat berkemungkinan tidak dibenarkan meneruskan tugas.
Pada 3 September, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, menegaskan bahawa guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka dan berinteraksi dengan pelajar apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober nanti, sebaliknya akan diberikan tugasan lain yang akan ditentukan kelak.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyokong larangan tersebut, manakala Pertubuhan Kebajikan Pendidik Ummah Malaysia (Pendidik) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak tegas dengan mengenakan tindakan tatatertib sewajarnya terhadap kumpulan guru terbabit.
Mengulas isu yang sama, Senator Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 5 September menyatakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengkaji dan membincangkan kemungkinan mengambil pendekatan yang sama terhadap guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang belum atau enggan menerima vaksin COVID-19.
Terdahulu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melalui setiausaha agungnya, Kamarul Baharin Mansor menyelar tindakan sesetengah majikan yang mengambil tindakan disiplin termasuk membuang pekerja yang enggan divaksin, sebaliknya menyarankan agar pihak majikan untuk lebih peka dan bertimbang rasa terhadap pekerja tersebut.
Rentetan peristiwa yang dinyatakan di atas membangkitkan persoalan, apakah wajar pihak kerajaan mewajibkan vaksinasi COVID-19 kepada semua individu dewasa yang layak menerimanya?
Selaras dengan penulisan saya yang lalu (Wajibkan Vaksinasi COVID-19, Elak ‘Kelompok Culas’), sekali saya ingin tegaskan bahawa sudah tiba masanya kerajaan menyemak semula polisi vaksinasi secara sukarela yang dilaksanakan kini kepada mandatori secepat mungkin.
Dan jika ditanya, golongan mana yang perlu dijadikan kumpulan sasar untuk memulakan inisiatif tersebut, maka saya merasakan bahawa golongan pekerja samada dari sektor awam mahupun swasta wajar diberikan keutamaan.
Hal ini adalah berdasarkan rasional bahawa sejumlah besar kes positif COVID-19 di negara ini adalah disebabkan oleh kluster tempat kerja.
Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 1,549 kluster tempat kerja yang dikesan sejak 28 Mac hingga 17 Ogos yang lalu, dengan sub-kluster tempat kerja tertinggi melibatkan sektor pengilangan, perkhidmatan dan pembinaan, seterusnya menyebabkan 133,247 kes positif dengan 370 kes kematian.
Selain itu, kebenaran pembukaan semula sektor ekonomi dan kapasiti pengoperasian bagi sektor pembuatan, perkilangan, pembinaan, perlombongan, pengkuarian, pelancongan dan perkhidmatan merangkumi sektor pembuatan yang tidak disenaraikan dalam perkhidmatan perlu di kawasan dalam negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah sangat bergantung pada tahap peratusan pekerja yang mendapat vaksin lengkap.
Syarat ini dinyatakan dengan jelas dalam semua Prosedur Operasi Standard (SOP) PPN mengikut fasa-fasa yang ditetapkan.
Malahan, sekalipun kerajaan tidak melaksanakan polisi vaksinasi secara mandatori, pihak majikan dilihat boleh mewajibkannya kepada semua pekerja mereka dengan menetapkannya sebagai salah satu peraturan tempat kerja, justeru memastikan persekitaran tempat kerja selamat dan tidak mengancam kesihatan pekerja selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994.
Menurut Seksyen 15 akta tersebut, majikan adalah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan terhadap semua pekerjanya dalam tempoh bekerja.
Seksyen 24 akta yang sama pula menetapkan pekerja untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang dikeluarkan oleh majikan.
Oleh kerana akta ini berdasarkan konsep peraturan kendiri, maka majikan berhak menetapkan langkah kawalan yang perlu (setakat yang praktik) dalam memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dari risiko jangkitan COVID-19 termasuklah mewajibkan semua pekerja divaksinasi atau menetapkan hanya mereka yang telah lengkap divaksinasi sahaja boleh hadir bekerja.
Perkara ini juga selari dengan cadangan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bagi perlaksanaan polisi ‘Tiada suntikan, Tiada kerja’ (No jab, No job) sebagai syarat untuk pengambilan pekerja baharu atau pekerja lama kembali bekerja, dimana pekerja yang tidak divaksin atas pilihannya sendiri boleh dihalang daripada bekerja atau diletakkan sebagai bercuti tanpa gaji melainkan individu tersebut telah lengkap divaksinasi atau sehinggalah Malaysia diisytiharkan bebas daripada COVID-19 oleh kerajaan kelak.
Bahkan, Datuk Seri M Saravanan, Menteri Sumber Manusia turut memberi peringatan bahawa pekerja yang enggan divaksin boleh dikenakan tindakan mengikut AKKP 1994 kerana menyebabkan suasana tempat kerja yang tidak selamat.
Walaupun vaksin merupakan salah satu kaedah terbaik dalam menangani COVID-19 buat masa ini, namun ianya perlu digabungkan dengan pematuhan kepada langkah-langkah pencegahan yang lain iaitu memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan meningkatkan kebersihan diri dengan membasuh tangan secara kerap.
Kesimpulannya, majikan dan pekerja harus memainkan peranan secara bersama dalam mewujudkan tempat kerja bebas dari COVID-19. Dapatkan segera vaksinasi anda. Lindungi Diri, Lindungi Semua.
* Ts Mohd Soffian Osman merupakan Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ts Mohd Soffian Osman
Thu Sep 09 2021
![[KOLUMNIS] Polisi vaksinasi mandatori wajar dimulakan di tempat kerja [KOLUMNIS] Polisi vaksinasi mandatori wajar dimulakan di tempat kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631147316_PusatVaksinasiDewa.jpg)
Majikan dan pekerja harus memainkan peranan secara bersama dalam mewujudkan tempat kerja bebas dari COVID-19. - Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt
Vaksin COVID-19 terkini ini memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap strain terkini dan yang akan datang berbanding versi terdahulu.

COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.

Dr Roland nafi takut-takutkan rakyat Malaysia untuk ambil vaksin Pfizer
Pengasas The KL Sky Clinic Dr Roland Victor, menafikan bahawa beliau menakut-nakutkan rakyat Malaysia atau sesiapa daripada mengambil vaksin Pfizer Comirnaty.

AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."

KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.

Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.

COVID-19: Bekalan stok vaksin sedia ada mencukupi
Bekalan vaksin COVID-19 sedia ada mencukupi untuk masyarakat awam yang ingin mengambil dos penggalak terutama golongan berisiko tinggi dan komorbid.

8.5 juta dos vaksin COVID-19 telah luput - PAC
PAC mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput sejak 1 Jun tahun ini.

COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.