KUALA LUMPUR: Ucapan kemenangan Khairul Aming selepas dinobatkan sebagai 'Creator Of The Year' dalam TikTok Awards Malaysia yang julung kali diadakan pada Ahad mengundang perbualan hangat di media sosial.
Ramai yang bersetuju dengan pesanan dititipkan beliau kepada anak-anak muda yang bercita-cita untuk menjadi pencipta kandungan ('content creator').
Dalam ucapan ringkas malam tadi, Khairul Aming memberikan pemahaman yang sangat jelas kepada anak muda bahawa biar setinggi langit sekalipun hasrat dan keinginan untuk menjadi personaliti media sosial, apa yang perlu diutamakan mereka ialah menghabiskan pengajian terlebih dahulu.
“Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja, tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah,” kata Khairul Aming, pempengaruh yang sentiasa menjadi perhatian khalayak netizen setiap kali tiba bulan Ramadan kerana resepi-resepi ilham beliau yang dikongsi di media sosial.
Apa makna di sebalik pesanan ini?
Kita semua tahu bahawa trend menjadi pencipta kandungan bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan pemuda pemudi di seluruh dunia.
Ramai yang beranggapan menjadi pencipta kandungan ini sebagai satu 'kerja mudah' yang boleh menjana pendapatan lumayan.
Paling merisaukan, dapatan daripada sistem eProfil Kerjaya Murid (ePKM) pada 2021 mendapati seramai 180,680 atau 48.74 peratus pelajar lepasan SPM memilih untuk tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, pada tahun 2020 pula, sejumlah 115,939 orang pelajar lepasan SPM atau 35.16 peratus tidak berminat menyambung pelajaran.
Hal ini disokong pula oleh beberapa pempengaruh media sosial yang turut 'berkempen' mengatakan bahawa tidak perlu belajar tinggi untuk berjaya.
Mungkin ada kebenarannya di sebalik kejayaan beberapa pempengaruh media sosial yang telah melalui proses hidup yang cukup bagi membolehkan mereka mencapai 'kejayaan' pada definisi mereka.
Hakikatnya, menjadi pempengaruh ini turut datang bersama 'pakej kebertanggungjawaban' yang tinggi seiring dengan kuasa yang mereka ada.
Apa kata Khairul Aming?
Sebaik sahaja tamat siaran langsung TikTok Awards Malaysia, Astro AWANI berkesempatan bertemu Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman untuk menggali cerita di sebalik ucapan.
Secara peribadi, Khairul Aming yang berusia 33 tahun berpendapat, beliau risau akan trend yang terwujud dalam kalangan pengikutnya yang lebih muda.
"Mereka ada keinginan untuk belajar, tetapi pada masa sama, mereka juga mahu cepat jadi viral.
"Saya terpaksa mengumpul kekuatan sebelum mengungkapkan mesej berkenaan sebentar tadi (ketika diumum sebagai pemenang).
"Bagi saya, biarlah apa orang kata, yang penting saya mahu anak Malaysia yang lebih hebat mencipta kandungan yang menginspirasikan buat semua pengguna," jelas Khairul Aming yang mempunyai jumlah pengikut seramai 3.7 juta orang di akaun Instagram.
Apa yang kita boleh belajar daripada Khairul Aming?
Untuk mencipta jenama seperti Khairul Aming, beliau perlukan sehingga lapan tahun untuk menjadikannya hebat seperti yang anda kenal ketika ini.
Tidak sekadar berjaya mencipta fenomena dalam perihal masakan, namun, apa yang mengagumkan juga ialah, beliau berjaya meneroka peluang baharu dalam dunia perniagaan.
Selain itu, menerusi kandungan yang dikongsi Khairul Aming di media sosial terutama sekali pada bulan Ramadan, golongan yang jarang ke dapur atau tidak tahu memasak sekalipun, terdorong mencuba resepi ilhamnya dan mengambil inisiatif mencipta kandungan bagi dimuat naik ke akaun media sosial masing-masing.
Demikian sekali, pengaruh besar Khairul Aming dalam persekitaran media sosial tanah air.
Di sebalik budaya baharu cetusan Khairul Aming, terdapat tiga perkara penting yang boleh kita pelajari daripada kejayaan beliau itu:
1. Pengurusan kewangan
Untuk memulakan bisnes secara dalam talian, hal pengurusan kewangan menjadi topik paling utama malah kemahiran ini perlu dikuasai sebaiknya bagi mengelak sebarang kecelakaan dalam kehidupan anda!
Khairul Aming mungkin bermula sebagai pencipta kandungan dan dikenali sebagai 'creator masak memasak'.
Tetapi, keupayaannya menguruskan hal kewangan ketika jualannya tiba-tiba mencanak wajar kita pelajari agar tidak lupa diri ketika berjaya mengaut keuntungan serta-merta hasil tertularnya kandungan kita di mana-mana platform media sosial.
2. Berani dan unik
Khairul Aming sentiasa berani untuk menyuntik mesej-mesej kehidupan menerusi video masakannya.
Kalau anda pernah ikuti cerita tentang senduk kayu yang menjadi inspirasinya, pasti anda tahu betapa beraninya Khairul Aming berkongsi kisah sebatang senduk di celah-celah video makanannya yang menggiurkan ketika bulan Ramadan.
Paling berani, apabila beliau sedia untuk berkongsi cerita percutiannya bersama pasukan Sambal Nyet di Langkawi.
3. Konsisten
Salah satu resipi kejayaan seorang pencipta kandungan adalah untuk menghasilkan kandungan secara konsisten.
Ini bukan sahaja untuk keperluan teknikal serta algoritma media sosial, malah kandungan yang konsisten juga membolehkan pengikut mudah faham akan mesej yang ingin kita sampaikan.
Senang cakap, untuk menjadi content creator memang kelihatan mudah, hakikatnya, banyak kerja di sebalik tabir dituntut selain banyak kemahiran yang perlu dikuasai untuk menjadi pencipta kandungan yang berpengaruh dan berjaya.
Realitinya, Malaysia senditi sudah melahirkan ramai pempengaruh berjaya, justeru, sudah tiba masanya untuk kita belajar daripada mereka.
* Hilal Azmi merupakan Ketua Editor, Media Sosial dan Penstriman Mikro Astro AWANI.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hilal Azmi
Sun Aug 27 2023
Pesana Khairul Aming buat anak muda, habiskan dahulu pengajian sebelum meneruskan minat dan cita-cita untuk menjadi bintang dalam dunia penciptaan kandungan. - Foto TikTok Malaysia
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
Ikon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan melahirkan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia selepas sekian lama.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pembedahan kardiotorasik komponen penting dalam penjagaan kardiovaskular - Dr Dzulkefly
Melatih lebih ramai pakar bedah ialah keutamaan untuk capai objektif bawa penjagaan pembedahan kardiotorasik lebih dekat dengan rakyat.
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan orang di Kelantan
Enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Skil dibandingkan, Chef Wan tak dengki dengan pencapaian Khairul Aming
Chef Wan menzahirkan rasa kurang senang apabila ada segelintir pihak yang membandingkan dirinya dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming.
PM New Zealand puji potensi Malaysia, perkukuh hubungan dua negara
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa.
Khairul Aming dedah kos hasilkan video masakan di New Zealand
Khairul Aming mendedahkan dia telah berhabis RM80,000 untuk perbelanjaan tiga orang sepanjang menghasilkan video masakan di New Zealand.
Kisah manis Khairul Aming masak roti jala bersama Perdana Menteri New Zealand
Rezeki Khairul Aming diundang bertemu Perdana Menteri Christopher Luxon yang berada di Malaysia sempena lawatan rasmi.
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
'Syabas anak muda', Menteri Agama puji Khairul Aming, Sofyank
Mohd Na'im memuji usaha murni Khairul Aming dan Sofyank yang menghasilkan video kesedaran mengenai Palestin.
Khairul Aming belanja staf baju raya, barang dapur, buka puasa dan duit raya!
Jarang jumpa ketua yang macam ini, semoga murah rezeki Khairul Aming.
Khairul Aming tempa nama dalam Malaysia Book of Records
Khairul Aming memperkukuhkan lagi reputasinya apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi 'nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung TikTok Shop'.
Netizen tanya status halal produk Khairul Aming, ini jawapan tuan punya badan
Menurut usahawan itu, sebagai langkah pertama, syarikatnya telah mendapat sijil MeSTI bagi memastikan keadaan kilangnya bersih dan selamat.
Mahu berjaya seperti Khairul Aming? Ini tiga teras yang perlu anda beri perhatian...
Secara keseluruhannya, kejayaan yang 219 saat yang dilakar Khairul Aming pada Jumaat bukanlah usaha semalaman.