KUALA LUMPUR: Kebiasaannya rumah penjagaan warga emas sering dikaitkan dengan golongan yang terbiar, terasing daripada keluarga, dan hanya ingin menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan minimal.


Ringkasan AI
  • Domitys Bangsar, yang diuruskan oleh Ascott Malaysia, menyediakan persekitaran kondusif dan premium untuk warga emas yang masih aktif, termasuk pelbagai aktiviti dan perkhidmatan seperti gym, spa, dan pemeriksaan kesihatan.
  • Kerjasama antara Domitys Bangsar dan IMM Carehub meningkatkan kualiti hidup warga emas dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan fizikal dan mental, serta program sosial untuk mengaktifkan dan mengekalkan gaya hidup mereka.
  • Domitys Bangsar menawarkan kediaman yang selesa dan selamat dengan aktiviti harian yang pelbagai untuk memastikan interaksi yang bermakna dan kehidupan yang memuaskan bagi warga emas.


Namun apa pilihan yang ada bagi warga emas khususnya di Lembah Klang, yang masih aktif, cenderung melakukan aktiviti di luar, atau masih ingin bersosial secara optimum? Jawapannya ada di Domitys Bangsar yang diuruskan Ascott Malaysia.

Dengan pemeteraian memorandum persefahaman dengan IMM Carehub, penghuni kini boleh merasai suasana yang lebih kondusif dan premium, dengan perkhidmatan tambahan seperti pemeriksaan kesihatan, program rehabilitasi dan penyelesaian pemantauan.

“Kita menyediakan keunikan ini khusus bagi warga emas yang aktif. Ini bukan rumah penjagaan orang tua semata-mata, tetapi untuk mereka yang masih aktif dan ingin menjalani kehidupan dengan bebas.

“Kita menyediakan lebih kurang 50 aktiviti dalam satu bulan, daripada aktiviti di gym dan aqua gym, kita juga mempunyai mahjong, permainan papan, ruang karaoke, salon rambut, spa, dan pelbagai lagi,” kata Pengurus Besar Ascott International Management, Mondi Mecja.

Menurut kenyataan media susulan, kerjasama di antara IMM Carehub dan Domitys Bangsar Kuala Lumpur menandakan satu langkah penting ke arah mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat senior di rantau ini.

Ia berkata, Domitys Bangsar terkenal dengan kediaman berkualiti tinggi dan selamat yang memenuhi keperluan warga emas yang inginkan gaya hidup yang aktif dan memuaskan.

Dengan pangsapuri yang luas, direka dengan teliti dan perkhidmatan riadah yang luas, Domitys memastikan persekitaran hidup yang selamat dan selesa di mana penduduk boleh terlibat dalam aktiviti harian serta interaksi yang lebih bermakna.

Dalam pada itu Pengarah Urusan IMM CAREHUB, Dr Jillian Yeoh berkata, dengan kerjasama strategik itu, pihaknya kini membantu menyediakan perkhidmatan kesihatan fizikal dan mental.

“Ini termasuk kesihatan nutrisi serta kesihatan sosial. Untuk golongan ini, semakin usia mereka meningkat, semakin kumpulan sosial mereka menjadi kecil.

“Jadi objektif kolaborasi dengan Domitys Bangsar ini sebenarnya adalah untuk mengaktifkan golongan warga emas yang tinggal di sini, supaya boleh menjadi lebih aktif dengan pelbagai perkhidmatan dan program,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman sosial media Domitys Bangsar di Facebook, Instagram dan juga laman web Domitys Bangsar.