Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyaki Kluster Tawar di Kedah dan Pulau Pinang berkemungkinan berpunca daripada strain mutasi D614G seperti dikesan pada Kluster Sivagangga.
Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bagaimanapun perkara itu hanya boleh disahkan selepas ujian makmal dibuat.
"Memang kita dapati kebolehjangkitan Kluster Tawar ini agak tinggi, kita masih mengambil swab dan makmal akan cuba asingkan virus tersebut sebelum kita boleh kulturkan dan bacakan genomic tersebut.
"Jadi siasatan sedang dijalankan (di makmal), sekarang kita tidak pasti walaupun kita boleh syak ada perubahan daripada mutasi tapi tidak dapat sahkan walaupun Kluster Sivagangga lebih dua minggu tiada kes.
"Setakat ini tiga kes positif ada mutasi D614G iaitu mutasi kebolehjangkitan lebih tinggi. Tetapi keganasan virus itu lebih kurang sama," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, lima kes baharu dicatatkan dalam Kluster Tawar membabitkan murid sekolah di Kedah.
Jelas Dr Noor Hisham, sekolah terbabit telah ditutup manakala siasatan sedang dijalankan ketika ini.
"Ada kemungkinan jangkitan ibu kepada anak, dan anak itu menjangkiti rakan sekolah. Generasi ketiga... bukan pertama atau kedua, kita sedang jalankan saringan dan siasatan terhadap kanak kanak itu," jelas Dr Noor Hisham.
Sehingga kini, seramai 3,547 orang telah disaring dalam kluster ini iaitu 3,018 disaring di Kedah dengan 59 kes positif manakala 242 orang masih menunggu keputusan.
Di Pulau Pinang, seramai 518 individu telah disaring dengan 11 kes positif dicatatkan dan di Perak 11 individu telah disaring dan semuanya didapati negatif.
Fareez Azman
Tue Aug 25 2020
Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkara itu dalam sidang media pada Selasa. -Gambar fail
Malaysia amal perdagangan terbuka, terdedah kepada kesan ketidaktentuan ekonomi global - Rafizi
Rakyat perlu memahami bahawa Malaysia adalah negara yang mengamalkan perdagangan terbuka dan terdedah kepada kesan daripada ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
JDT ikat bekas bintang Real Madrid
Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez telah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), menurut rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Taman Sri Muda diserbu, 602 pendatang asing ditahan
Sebanyak 602 pendatang tanpa izin ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1,091 warga asing dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Perniagaan Taman Sri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam pada Sabtu.
Pegawai tentera ditahan cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan selepas dipercayai mencabul kakitangan bawahannya di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
[TERKINI] Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan.
10 Berita Pilihan - (05 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
COVID-19: Mutasi varian Nigeria tidak jejas kemampuan kesan individu dijangkiti
Ini kerana kit tindak balas Polymerase Chain Reaction (PCR) yang sedia ada menggunakan pelbagai sasaran untuk mengesan varian walaupun seseorang itu tidak bergejala.
COVID-19: Kebanyakan kluster di Selangor berkemungkinan ada kes mutasi D614G
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan bahawa kluster-kluster yang dikenalpasti di Selangor mempunyai strain virus jenis mutasi D614G.
COVID-19: Jangkitan lebih cepat di Sabah dan Kedah mungkin disebabkan jenis mutasi D614G
Dr Noor Hisham menjelaskan, sekiranya nilai kitaran ambang dalam ujian pesakit positif COVID-19 adalah rendah, bermakna kadar kebolehjangkitan wabak adalah tinggi.
604 individu dapat jangkitan dari Sabah mungkin bawa mutasi D614G - KP Kesihatan
Sebanyak 604 individu daripada 23 kluster baharu yang mendapat jangkitan COVID-19 dari Sabah berkemungkinan membawa mutasi jenis D614G.
Strain D614G: Kebolehjangkitan COVID-19 mungkin meningkat - Dr Noor Hisham
Kebolehjangkitan COVID-19 dalam masyarakat berkemungkinan akan meningkat ekoran penemuan virus bermutasi D614G di Kedah dan Sabah.
Kuarantin individu balik dari Sabah di pusat isolasi, bukan di rumah - Pakar Kesihatan
Ambil iktibar apabila kuarantin di rumah itu gagal dilaksanakan oleh beberapa individu sehingga menyebabkan penularan tempatan berlaku.
Virus mutasi D614G 'super spreader' dikesan di Indonesia
Difahamkan mutasi berkenaan 10 kali lebih mudah berjangkit daripada yang lain tetapi mempunyai impak penyebab kematian yang kurang.
Kluster Tawar, PUI Sivagangga mungkin daripada sumber sama
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kluster Tawar dan Kluster PUI Sivagangga berkemungkinan besar daripada sumber yang sama.
Punca Kluster Tawar dan Sivagangga, ini tumpuan utama sidang media KKM
Hasil ujian makmal mendapati Kluster Tawar mempunyai mutasi D614G.
Kluster Tawar disyaki strain mutasi D614G - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyaki Kluster Tawar di Kedah dan Pulau Pinang berkemungkinan daripada strain mutasi D614G seperti dikesan pada Kluster Sivagangga.