SHAH ALAM: Mengenakan bayaran sehingga RM500 bagi setiap sijil digital vaksinasi COVID-19 yang dikeluarkan. Itu antara kegiatan yang dikesan sebuah poliklinik swasta yang dipercayai menjalankan aktiviti mengeluarkan sijil digital vaksinasi secara tidak sah sejak beberapa bulan lalu.
Kegiatan yang didalangi individu warga tempatan termasuk seorang pengamal perubatan itu turut dikesan memfokuskan pelanggan yang terdiri daripada golongan anti vaksin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kegiatan klinik swasta ini berjaya dikesan pihaknya lalu menjalankan serbuan ke atas poliklinik berkenaan pada Jumaat lalu.
"Seramai tujuh individu berumur antara 20 hingga 35 tahun yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita telah ditahan dalam serbuan berkenaan.
"Kesemua suspek yang ditahan melibatkan pemilik, pekerja dan 'runner' poliklinik swasta tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Isnin.
Menurutnya, serbuan yang dijalankan turut merampas peralatan komputer yang dipercayai boleh digunakan untuk mengisi data pesakit ke dalam sistem MySejahtera.
"Hasil penelitian di dalam komputer riba yang dirampas mendapat terdapat 5,601 pesakit yang telah didaftarkan sebagai penerima vaksinasi ke dalam sistem MySejahtera.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jumlah yang didaftarkan tanpa menerima suntikan," katanya.
Menurutnya, siasatan dijalankan mendapati kegiatan ini menyasarkan golongan yang tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin.
"Modus operandi yang digunakan dalam kes ini ialah dengan cara mendapatkan pelanggan melalui sebaran 'WhatsApp' dan juga kenalan terdekat.
"Siasatan awal dijalankan turut mendapati klinik ini menerima vaksin dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), namun vaksin akan dikeluarkan dan mereka akan memulangkan botol yang kosong kepada pihak KKM," katanya.
Jelasnya, pihaknya sebelum ini telah menerima laporan berkaitan satu pesanan ringkas yang tular melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan khidmat mendapatkan pendaftaran vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera.
"Siasatan secara lanjut yang dijalankan kemudiannya membawa kepada kepada serbuan di klinik ini.
"Kes disiasat di bawah Seksyen Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Mon Jan 17 2022

Arjunaidi berkata kegiatan klinik swasta ini berjaya dikesan pihaknya lalu menjalankan serbuan ke atas poliklinik berkenaan pada Jumaat lalu. - Gambar fail

Rakyat Palestin tunaikan solat tarawih di celah runtuhan masjid
Penduduk Palestin menghamparkan permaidani dan tikar di sebelah runtuhan masjid yang musnah untuk menunaikan solat Tarawih.

Komposer Zul Mahat meninggal dunia akibat jangkitan kuman
Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak penghujung Disember lalu selepas terjatuh ketika menjalani rawatan dialisis.
#AWANIRingkas 1 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Mac 2025
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.
AWANI Pagi: Gaya hidup sibuk? Amalkan sahur "meal prep"
Sempena 1 Ramadan esok, ikuti diskusi eksklusif #AWANIPagi bersama Dr. Muhammad Rezza Zainal Abidin, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan & Khidmat Makananan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan berkongsi beberapa panduan bagaimana menyediakan sahur yang sihat dan menyelerakan khususnya bagi mereka yang gaya hidupnya sibuk dengan tugasan seharian.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Sindiket 'Datuk Ken' tumpas susulan penahanan 15 individu termasuk ketua
Jalankan kegiatan haram antaranya perjudian dalam talian, pelombongan bitcoin dan peminjaman wang tanpa lesen (along) secara berperingkat sejak 2014.

Empat suspek ditembak mati merupakan geng samun bertopeng
Hasil semakan mendapati mereka adalah kumpulan samun bertopeng yang kita cari selama ini.