KUALA LUMPUR: Di sebalik impak pandemik COVID-19 yang melanda negara, kebolehpasaran siswazah terus meningkat daripada 84.4 peratus pada 2020, kepada 85.5 peratus pada 2021.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, peningkatan jumlah tersebut adalah hasil inisiatif yang telah dibangun dan dilaksanakan dengan industri yang aktif di negara ini.
Antara inisiatif tersebut, jelas Ahli Parlimen Parit Sulong itu lagi, seperti program kemahiran semula dan peningkatan kerjaya (Penjana KPT-CAP); inisiatif Kilang Pembelajaran; serta penubuhan badan penyelaras industri TVET Kerajaan.
“Sidang Kemuncak Belia Dunia Kuala Lumpur (KLGYS 2022), yang turut merangkumi penyertaan industri, merupakan salah satu program yang mampu membantu merapatkan jurang antara kurikulum institusi pengajian tinggi sedia ada, dengan kehendak pasaran pekerjaan,” katanya lagi.
Noraini berkata demikian sewaktu berucap merasmikan KLGYS 2022 anjuran bersama Yayasan Juwita dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.
Menyentuh mengenai KLGYS 2022, beliau berkata, program tersebut bertujuan untuk menyediakan platform bagi golongan belia bagi mendapatkan maklumat dalaman tentang pasaran kerja, melalui dialog dengan pemain industri tempatan dan antarabangsa.
.
Katanya lagi, sambutan terhadap sidang kemuncak tersebut dilihat memberangsangkan, dengan penyertaan panel dari pelbagai negara termasuk Belgium, Hong Kong, India, Indonesia, dan Zambia.
“Beberapa topik yang bakal dibincangkan, mungkin tidak disentuh dalam pembelajaran di universiti, seperti cara terbaik menangani kekuatan individu, memahami kesihatan mental, melanjutkan karier dalam dunia hiburan, menilai aset digital dan banyak lagi.
“Saya amat berharap agar semua pihak yang terlibat dengan KLGYS 2022 dapat mengambil peluang untuk berhubung dengan tenaga pakar, dan juga antara satu sama lain. Mungkin satu hari nanti anda boleh menjadi rakan usaha sesama anda,” katanya lagi.
Berucap lanjut, Noraini berkata, kementeriannya sentiasa berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi antarabangsa
Ketika ini, tambahnya lagi, terdapat kira-kira 131,000 pelajar antarabangsa sedang melanjutkan pengajian di negara ini, dan jumlah itu dijangka bertambah kepada 250,000 orang menjelang 2025.
Bagi mencapai objektif berkenaan, Noraini berkata, institusi pengajian tinggi tempatan telah mewujudkan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan program luar negara.
“Universiti kita juga telah mencapai perjanjian melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), bagi membolehkan penyelidikan dan inovasi serta program mobiliti pelajar dan kakitangan dijalankan dengan rakan sejawat di peringkat antarabangsa.
“Tahun ini sahaja saya telah menyaksikan menandatangani MoU antara universiti tempatan dengan rakan usaha sama mereka di India, Qatar, United Kingdom, Romania dan Turki. Saya pasti, akan ada lagi yang akan datang,” katanya lagi.
Melalui penganjuran KLGYS 2022, Noraini berkata, beliau yakin panel speaker antarabangsa dapat membantu meningkatkan imej negara sebagai salah satu destinasi pilihan untuk pengajian tinggi.
Firdaus Azil
Mon Jun 20 2022
Noraini berkata, peningkatan jumlah tersebut adalah hasil inisiatif yang telah dibangun dan dilaksanakan dengan industri yang aktif di negara ini. - Gambar/ AStro AWANI
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
KLGYS 2022: Biarpun dilanda pandemik, kebolehpasaran siswazah terus meningkat - Noraini
Noraini berkata, peningkatan jumlah tersebut adalah hasil inisiatif yang telah dibangun dan dilaksanakan dengan industri yang aktif di negara ini.
KLGYS 2022: Biarpun dilanda pandemik, kebolehpasaran siswazah terus meningkat - Noraini
Peningkatan jumlah tersebut adalah hasil inisiatif yang telah dibangun dan dilaksanakan dengan industri yang aktif di negara ini.