Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan meneruskan cadangan mewujudkan amanah pelaburan hartanah (REIT) bagi mendapatkan dana tambahan untuk kementerian tersebut, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata keputusan itu diambil setelah melakukan beberapa kajian, pembentangan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet serta perbincangan bersama Kementerian Kewangan.
"Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan membentangkan kepada Kabinet, kemudian diminta oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya KKM mengkaji semula. Setelah mengkaji kita mendapati dari sudut kos pinjaman itu ada instrumen lain yang lebih baik.
"Saya membuat rumusan dalam mesyuarat pasca Kabinet di peringkat kementerian, tidak akan gunakan REIT dalam usaha menerbitkan atau menjana dana untuk kegiatan pembangunan dan penambahbaikan kemudahan fasiliti KKM.
"Saya juga sudah ada beberapa usaha dan option yang lain untuk diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Islam Sihat Walafiat di Masjid Al Hana, di sini, malam tadi.
Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata KKM akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.
Menurutnya KKM mendapat 'desakan' kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbangkan mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian.
"Saya akan bawa perkara dalam mesyuarat pasca kabinet KKM, andainya disokong kita akan bawa ke peringkat kabinet pula. Saya percaya akan ada hujah yang menyokong serta menentang cadangan ini, KKM akan pertimbangkan semuanya secara serius," katanya.
Ketika diminta mengulas tahap penolakan suntikan vaksin imunisasi ketika ini, Dr Dzulkefly berkata keadaannya belum membimbangkan namun kadangkala ibu bapa yang menolak vaksin memberikan alasan yang tidak dibuat berdasarkan 'evidence based' atau kajian klinikal.
"Kita akan bentangkan dalam tempoh waktu yang munasabah, kita perlu ada konsultasi dan merujuk kepada pemegang taruh. Sekiranya kita mahu tangani perkara ini dengan baik dan cermat kita perlu ada sesi keterlibatan seperti sesi perjumpaan townhall," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 23 2019
DR DZULKEFLY: Saya membuat rumusan dalam mesyuarat pasca Kabinet di peringkat kementerian, tidak akan gunakan REIT dalam usaha menerbitkan atau menjana dana untuk kegiatan pembangunan dan penambahbaikan kemudahan fasiliti KKM. - Gambar fail
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
One Championship: Jojo Ghazali kekalkan 'trademark' berbaju Melayu
Pakaian tradisi, baju Melayu dan samping, kekal menjadi pilihan Johan 'Jojo' Ghazali ketika sesi 'face off' One Championship, semalam.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Guru boleh buat kerja sambilan, Tapi perlu kebenaran
Boleh buat kerja sambilan, termasuk membuka kelas tiusyen, tetapi guru perlu dapatkan kebenaran dan tanpa menganggu tugas hakiki.
1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Perkembangan itu menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19.
Malaysia ambil pendekatan seimbang, tidak ikut langkah sekat akses dalam talian
Fahmi berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian.
Individu disyaki salah guna wang pampasan projek balak
SPRM Sarawak reman seorang individu disyaki menyalah guna wang pampasan berjumlah kira-kira RM455,000.
Himpunan rakyat benci rasuah tetap diteruskan - Sekretariat
Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada Sabtu ini tetap diteruskan walaupun pihak polis melarang penganjuran itu.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
KKM tidak akan teruskan cadangan terbit REIT - Dr Dzul
Beliau berkata keputusan itu diambil setelah melakukan beberapa kajian, pembentangan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet serta perbincangan bersama Kementerian Kewangan.