Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyita 2,135 produk makanan bernilai RM60,494.53 yang mempunyai akuan boleh merawat penyakit pada label dan pengiklanan produk, dalam operasi khas dua hari di seluruh negara bulan lepas.
Ketua Pengarah KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, 47 notis dengan nilai keseluruhan RM113,500 telah dikeluarkan kepada pemilik premis makanan, yang gagal mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Katanya, mengikut Peraturan 18(6), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa label makanan tidak boleh mengandungi akuan kesihatan seperti mencegah, mengurang, merawat dan menyembuhkan sesuatu penyakit dan kegagalan mematuhinya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebih RM100,000 dan penjara tidak lebih dua tahun.
"KKM memandang serius penjualan produk makanan yang membuat akuan kesihatan pada label dan pengiklanan produk makanan sama ada di media elektronik, media cetak, media sosial, risalah dan lain-lain.
"Penyataan seperti boleh merawat penyakit, jus kesihatan terbaik, boleh menyembuhkan sakit buah pinggang, kencing manis, menghilangkan nyanyuk dan sebagainya adalah dilarang pada iklan atau label makanan," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Dr Noor Hisham turut menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 25 2019
![KKM sita 2,135 produk makanan dakwa boleh rawat penyakit KKM sita 2,135 produk makanan dakwa boleh rawat penyakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81574724638_Kesihatan.jpg)
Satu operasi khas bagi mengambil tindakan ke atas pengeluar dan produk makanan telah dijalankan serentak di seluruh negara selama dua hari pada Oktober 2019, melibatkan 576 orang pegawai penguatkuasa. Facebook BKKM KKM
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Operasi Ramadan untuk keselamatan makanan di teruskan - KP Kesihatan Operasi Ramadan untuk keselamatan makanan di teruskan - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647054545_DatukDrNoorHisham.jpg)
Operasi Ramadan untuk keselamatan makanan di teruskan - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan akan meneruskan Operasi Ramadan 2023 serentak di seluruh negara, di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan pada bulan Ramadan kali ini.
![KKM sita 2,135 produk makanan dakwa boleh rawat penyakit KKM sita 2,135 produk makanan dakwa boleh rawat penyakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81574724638_Kesihatan.jpg)
KKM sita 2,135 produk makanan dakwa boleh rawat penyakit
Selain itu, 47 notis dengan nilai keseluruhan RM113,500 telah dikeluarkan kepada pemilik premis makanan, yang gagal mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
![Air minuman Starfresh, Waterfuns ditarik balik daripada pasaran Air minuman Starfresh, Waterfuns ditarik balik daripada pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41561985350_airminuman.jpg)
Air minuman Starfresh, Waterfuns ditarik balik daripada pasaran
Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menggantung lesen AMB kilang berkenaan berkuatkuasa 28 Jun 2019.
![Laksa 'pembunuh': Bakteria salmonella dikesan dalam mi laksa Laksa 'pembunuh': Bakteria salmonella dikesan dalam mi laksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51538989084_TBLAKSA.jpg)
Laksa 'pembunuh': Bakteria salmonella dikesan dalam mi laksa
Status terkini kejadian keracunan makanan di Kedah, Perak dan Selangor pada 21 Oktober 2018.
![KKM ambil tindakan penguatkuasaan isu 'kopi peluntur' KKM ambil tindakan penguatkuasaan isu 'kopi peluntur'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51514466842_KPK.jpg)
KKM ambil tindakan penguatkuasaan isu 'kopi peluntur'
KKM memandang serius isu itu dan melarang pengusaha makanan atau sebarang pihak membuat aktiviti pemasaran dengan menggunakan bahan yang merbahaya dalam demonstrasi produk makanan.
![Kementerian Kesihatan siasat pengilang coklat Cadbury Kementerian Kesihatan siasat pengilang coklat Cadbury](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/41355632000_295x200.jpg)
Kementerian Kesihatan siasat pengilang coklat Cadbury
Kementerian Kesihatan bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berlakunya pencemaran di mana-mana bahagian dalam rantaian pengilangan produk berkenaan.