KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyiasat video tular menerusi media sosial berkaitan dakwaan cecair vaksin COVID-19 yang diberikan kepada anak bongsu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah dibuang sebelum disuntik.
Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata bagaimanapun setakat ini beliau mengesahkan anak bongsu Khairy telah menerima suntikan vaksin COVID-19.
"Kalau saya tengok yang ditunjuk oleh beliau (Khairy Jamaluddin) memang anaknya telah disuntik. Beliau sendiri pun sudah terima vaksin namun kita akan buat siasatan, esok saya akan memaklumkan perkara ini kepada beliau jika video berkenaan telah disunting, kita akan ambil tindakan.
"Malah, setakat ini pun kita telah banyak siasat dan ambil tindakan. Orang ramai sentiasa mencari salah walhal pengambilan vaksin berkenaan adalah satu daripada usaha kerajaan hanya untuk melindungi kanak-kanak," katanya.
BACA: 'Tolong, jika tak tahu jangan buat andaian' - Jururawat nafi suntik 'angin' kepada anak KJ
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin khas (SPPV) di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini hari ini.
Sebelum ini timbul pelbagai tuduhan dan spekulasi bahawa jururawat yang melaksanakan vaksinasi terhadap anak bongsu Khairy membuang cecair vaksin terlebih dahulu sebelum melakukan suntikan.
Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi meminta masyarakat supaya tidak mendengar berita-berita palsu membabitkan vaksin COVID-19 terutama daripada mereka yang bukan pakar dalam bidang berkenaan.
"Tidak ada sesiapa yang ingin melindungi apa-apa. Tidak mungkin KKM menipu dan sebagainya selain kita juga sentiasa peka berkaitan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) dan hanya mahu memberikan yang terbaik demi kesihatan masyarakat," katanya.
Beliau berkata untuk meyakinkan masyarakat tentang penerimaan vaksin COVID-19, pihaknya juga telah menggerakkan unit komunikasi strategik bagi memberi penjelasan berkaitan fakta dan data mengenai vaksin COVID-19.
Katanya, selain itu KKM turut menjemput pakar kanak-kanak dan sebagainya untuk memberi penerangan di stesen televisyen mengenai kepentingan mengambil suntikan vaksin demi kebaikan kesihatan masyarakat sekali gus melindungi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022
Dr Noor Azmi berkata bagaimanapun setakat ini beliau mengesahkan anak bongsu Khairy telah menerima suntikan vaksin COVID-19. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
KKM siasat video tular isu vaksinasi anak Khairy - Dr Noor Azmi
KKM akan menyiasat video tular berkaitan dakwaan cecair vaksin COVID-19 yang diberikan kepada anak Menteri Kesihatan telah dibuang sebelum disuntik.