SEREMBAN: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 50 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) sebelum sesi persekolahan bermula minggu depan.
Justeru, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyeru ibu bapa segera membawa anak masing-masing menerima suntikan vaksin tersebut agar dapat melindungi mereka daripada kesan buruk sekiranya dijangkiti COVID-19.
"Apa yang membimbangkan adalah kemasukan kanak-kanak ke unit rawatan rapi (ICU) akibat COVID-19. Sekarang ini hanya 32 peratus sahaja kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima suntikan.
"Jangan ambil sikap 'tunggu dan lihat', sekolah akan dibuka seminggu lagi, saya merayu segeralah mendapatkan suntikan vaksin untuk anak-anak. Vaksin tidak boleh cegah jangkitan tetapi dapat melindungi anak kita daripada kesan gejala buruk COVID-19," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program khidmat komuniti anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia di sini hari ini.
Pada program itu, Khairy berkata KKM mencadangkan Bulan Pemeriksaan Kesihatan diadakan pada Julai ini bagi mengalakkan lebih ramai masyarakat berusia 40 tahun ke atas menjalani saringan kesihatan secara percuma di hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
Beliau berkata KKM juga melakukan program 'outreach' bagi saringan kesihatan kepada penerima B40 di kawasan luar bandar dan pedalaman yang turut melibatkan pengamal perubatan swasta di bawah program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).
"Kita buat keputusan di kementerian supaya satu bulan pada tahun ini dikhususkan untuk melaksanakan saringan kesihatan, saya akan umumkan tarikh dan sasaran berapa juta individu yang akan kita saring pada bulan tersebut," katanya.
Beliau berkata susulan negara berdepan pandemik COVID-19 dalam tempoh dua tahun ini, tidak banyak program perkhidmatan kesihatan bukan COVID-19 dapat dilaksanakan dan kini adalah masa sesuai untuk melaksanakan program kesedaran kesihatan tersebut.
Khairy berkata usaha itu perlu dilakukan pihak berwajib kerana ketika ini hanya 561,000 daripada 4.9 juta penerima PeKa B40 mendapatkan manfaat daripada program berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022

Khairy menyeru ibu bapa segera membawa anak masing-masing menerima suntikan vaksin tersebut agar dapat melindungi mereka daripada kesan buruk sekiranya dijangkiti COVID-19. - Gambar/ Bernama

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Lebih 160,000 kanak-kanak telah lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,368,326 kanak-kanak dalam kumpulan 5 hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 132,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,860,287 individu atau 91.9 peratus lengkap divaksinasi.

PICKids: 1.34 juta kanak-kanak sudah terima vaksin
Sehingga Ahad, 38 peratus kumpulan berkenaan telah menerima dos pertama manakala 0.4 peratus sudah mula mendapatkan dos kedua.

Pastikan kanak-kanak divaksin, elak komplikasi MIS-C
Ibu bapa diminta agar memastikan anak-anak mereka divaksin bagi mengelakkan komplikasi serius akibat COVID-19 seperti Sindrom Keradangan Multisistem Dalam Kanak-Kanak (MIS-C).

KKM sasar 50 peratus kanak-kanak terima vaksin COVID-19 sebelum persekolahan bermula
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyeru ibu bapa segera membawa anak masing-masing menerima suntikan vaksin tersebut.

Pengetua, guru besar mengadu sikap segelintir ibu bapa enggan benar anak divaksin
Sesi penerangan secara saintifik dengan menggunakan data Kementerian Kesihatan (KKM) perlu diperbanyak oleh pihak berwajib bagi menangani isu vaksinasi dalam kalangan murid sekolah dan ibu bapa.

Tempahan janji temu PICKids dibuka di seluruh negara 7 Mac
Sistem tempahan janji temu untuk menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) menerusi aplikasi MySejahtera dibuka di seluruh negara pada 7 Mac ini.

Lebih 600,000 kanak-kanak di Malaysia telah divaksin
Sejumlah 14,274,843 individu atau 60.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19.

Pulau Pinang mula vaksinasi kanak-kanak komorbid, berisiko tinggi esok
Setakat ini hanya dua lokasi ditetapkan untuk pemberian vaksin kepada golongan itu.

Vaksinasi untuk kanak-kanak bukan satu uji kaji - Dr Megat Amirul Amzar
Dr Megat Amirul Amzar menjelaskan kajian terhadap COVID-19 dan vaksin yang dihasilkan sentiasa dilakukan berdasarkan data-data sedia ada.