Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan hospital swasta di negara ini mewujudkan klinik bergerak di kawasan luar bandar bagi menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada masyarakat.
Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata klinik bergerak itu boleh dilaksanakan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) hospital berkenaan.
"Menerusi klinik bergerak inilah mereka boleh mencurahkan khidmat bakti mereka kepada masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar atau kampung.
"Perkhidmatan ini juga sebagai usaha menangani masalah kesesakan di klinik-klinik kesihatan sedia ada selain membantu masyarakat mendapat rawatan kesihatan di peringkat awal tanpa ke klinik yang agak jauh dari penempatan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Bergerak Sutera di sini yang dikendalikan oleh Yayasan Avisena iaitu yayasan milik Avisena Specialist Hospital.
Turut hadir, Pengerusi Yayasan Avisena Datuk Ibrahim Md Yusof.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata usaha mewujudkan klinik bergerak itu dilihat mampu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan supaya dapat mengesan penyakit lebih awal.
"Seperti penyakit kencing manis, sekiranya pesakit mengetahui mereka mempunyai penyakit ini lebih awal pasti mereka akan lebih berhati-hati dalam menjaga pemakanan mereka.
"Sebab itu kita galakkan supaya adanya klinik sebegini... kita mahu hospital swasta lain mencontohi usaha yang dilakukan Avisena Specialist Hospital ini," katanya.
Sementara itu, Ibrahim berkata Klinik Bergerak Sutera dilengkapi pelbagai kemudahan asas perubatan selain rawatan kesihatan diselia oleh doktor dan jururawat.
Beliau berkata rawatan yang diberikan merangkumi perkhidmatan rawatan kesihatan umum yang diperlukan masyarakat di luar bandar.
"Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah rawatan pesakit luar seperti demam, batuk dan selsema, pemantauan asas penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti darah tinggi, diabetis dan asma serta prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka.
"Klinik bergerak ini menyediakan perkhidmatan di sembilan lokasi di Selangor di mana lawatan akan dibuat setiap minggu ke satu kampung mengikut giliran, membabitkan waktu operasi pada hari Ahad bermula 10 pagi hingga 3 petang," katanya.
Antara lokasi klinik tersebut ialah Kampung Rinching Hulu, Beranang; Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang; Kuala Pangsun, Hulu Langat; dan Labohan Dagang, Banting. -- Bernama
Bernama
Sun Sep 02 2018
![KKM saran hospital swasta wujudkan klinik bergerak KKM saran hospital swasta wujudkan klinik bergerak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71535893069_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Dr Dzulkefly melawat Klinik Bergerak Sutera Yayasan Avisena selepas melancarkannya di Kampung Jaya Setia Bestari Jaya hari ini. - BERNAMA
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
![Malaysia berjaya hasilkan implan 3D titanium pertama di Asia Tenggara Malaysia berjaya hasilkan implan 3D titanium pertama di Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607654399_DrIzhar.jpg)
Malaysia berjaya hasilkan implan 3D titanium pertama di Asia Tenggara
Sektor perubatan negara terus ke hadapan apabila penggunaan cetakan implan tiga dimensi (3D) titanium diguna pakai dalam pembedahan.
![KKM saran hospital swasta wujudkan klinik bergerak KKM saran hospital swasta wujudkan klinik bergerak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71535893069_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM saran hospital swasta wujudkan klinik bergerak
Kementerian Kesihatan menyarankan hospital swasta di negara ini mewujudkan klinik bergerak di kawasan luar bandar bagi menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada masyarakat.