Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan semua aktiviti keramaian atau sukan di luar bangunan ditangguhkan apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, seperti yang terkandung dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan 2019.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata berikutan keadaan jerebu yang masih melanda dan penganjuran beberapa acara 'luaran' yang melibatkan aktiviti fizikal langkah tersebut perlu diambil kerana ia akan meningkatkan risiko kesihatan akibat jerebu.
"Semasa aktiviti fizikal lasak, kadar pernafasan akan meningkat, menyebabkan jumlah udara yang disedut turut bertambah berbanding semasa rehat. Keadaan ini menyebabkan jumlah udara tercemar lebih banyak disedut masuk ke dalam sistem pernafasan," jelasnya.
Sekiranya acara berkenaan diteruskan oleh pihak penganjur, peserta disaran menggunakan penutup hidung dan mulut semasa aktiviti dijalankan, bagaimanapun, penggunaannya tidak menjamin dapat mengurangkan pendedahan kepada jerebu, katanya.
"Selain itu, ia boleh menimbulkan ketidakselesaan dan kesukaran untuk bernafas semasa aktiviti tersebut," kata beliau yang turut menasihatkan orang ramai yang hadir menonton acara berkenaan supaya memakai penutup hidung dan mulut serta memendekkan tempoh berada di luar bangunan.
Katanya, memilih untuk tidak berada di luar adalah lebih baik dan elakkan daripada membawa kanak-kanak bagi menonton acara sukan berkenaan.
Mereka yang mengalami gejala dan tanda seperti batuk, selsema, asma, sakit mata atau jangkitan paru-paru, adalah disaran ke klinik bagi pemeriksaan dan rawatan sewajarnya, katanya.
Orang ramai boleh mengikuti perkembangan semasa jerebu dan menyemak IPU di lokaliti masing-masing dengan melayari laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/, dan mengikuti saranan pihak berwajib bagi setiap julat bacaan IPU.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 14 2019

Beberapa pemain bola sepak tetap meneruskan aktiviti bersukan walaupun cuaca berjerebu di Padang Kompleks Sukan Sandakan ketika tinjauan di sekitar bandar ini pada Sabtu. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

KKM saran aktiviti keramaian, sukan ditangguhkan jika IPU lebih 100
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan semua aktiviti keramaian atau sukan di luar bangunan ditangguhkan apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.