GOPENG: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti satu kes penjualan sijil vaksinasi dalam bentuk kad fizikal secara dalam talian di utara tanah air.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata tindakan akan diambil Unit Inspektorat dan Perundangan KKM ke atas pihak yang terlibat selain laporan polis telah dilakukan bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan.
"Kita tidak membenarkan penjualan (sijil vaksinasi) ini kerana ia adalah satu penipuan sebab akan ada individu melakukan penipuan mengatakan dia sudah menerima dua dos vaksin COVID-19.
"KKM tidak ada mengeluarkan atau membuat perolehan kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan kad vaksinasi kerana sekiranya mahu dine-in (makan di premis) atau merentas daerah, mereka perlu menunjukkan sijil digital di aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi yang dikeluarkan oleh KKM," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam di Kompleks Jabatan Kemajuan Masyarakat di sini hari ini.
Semalam, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah Datuk Dr Mohd Rushdan Mohd Noor dalam hantaran yang dimuat naik melalui laman Facebook beliau mendedahkan sijil vaksinasi COVID-19 dalam bentuk kad fizikal sudah dijual secara dalam talian.
Beliau turut menyiarkan tangkap layar penjualan kad fizikal dalam talian yang tertera sijil digital vaksinasi COVID-19 yang dicetak dan dijual pada harga RM15.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Azmi berkata individu dari luar negara yang pulang ke Malaysia perlu mendaftar aplikasi MySejahtera bagi membolehkan mereka sentiasa mengemaskini tahap kesihatan.
"Apabila pulang dari luar negara, di pintu masuk lapangan terbang pihak KKM akan mengambil segala maklumat mengenai tahap kesihatan dan akan dimasukkan ke dalam MySejahtera," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemudahan bagi individu yang menerima vaksinasi lengkap iaitu pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia termasuk Penduduk Tetap dan Malaysia MY Second Home yang pulang atau tiba dari luar negara dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021
![KKM kesan sijil vaksinasi dijual dalam talian - Dr Noor Azmi KKM kesan sijil vaksinasi dijual dalam talian - Dr Noor Azmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622813157_TimbalanMenteriKes.jpg)
Dr Noor Azmi berkata individu dari luar negara yang pulang ke Malaysia perlu mendaftar aplikasi MySejahtera bagi membolehkan mereka sentiasa mengemaskini tahap kesihatan. - BERNAMA
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pengembara ke Singapura menerusi 'checkpoint' darat tidak perlu tunjuk sijil fizikal vaksinasi - ICA Pengembara ke Singapura menerusi 'checkpoint' darat tidak perlu tunjuk sijil fizikal vaksinasi - ICA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649171473_Tambakjohorsingap.jpg)
Pengembara ke Singapura menerusi 'checkpoint' darat tidak perlu tunjuk sijil fizikal vaksinasi - ICA
Hanya perlu serahkan SG Arrival Card dan rekod vaksinasi akan disahkan melalui sistem Kementerian Kesihatan Singapura.
![EU terima sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia EU terima sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628687604_sijildigitalvaksin.jpg)
EU terima sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia
Keputusan Suruhanjaya Eropah mengenai pengiktirafan itu berkuat kuasa mulai 4 April 2022.
![Malaysia, Qatar setuju saling iktiraf sijil vaksinasi - PM Malaysia, Qatar setuju saling iktiraf sijil vaksinasi - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648572775_TBISMAILjpg.jpg)
Malaysia, Qatar setuju saling iktiraf sijil vaksinasi - PM
Malaysia dan Qatar secara rasmi bersetuju untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 sesama kedua-dua negara dalam usaha pemulihan pasca pandemik virus itu.
![Sijil vaksinasi, pelaburan antara isu dibincang dalam lawatan PM ke Vietnam Sijil vaksinasi, pelaburan antara isu dibincang dalam lawatan PM ke Vietnam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647179212_DatukSeriIsmailSa.jpg)
Sijil vaksinasi, pelaburan antara isu dibincang dalam lawatan PM ke Vietnam
Pemulihan ekonomi pascapandemik COVID-19 serta sijil vaksinasi antara isu yang akan menjadi tumpuan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Vietnam.
![MySejahtera buka helpdesk di PPV WTCKL, IDCC MySejahtera buka helpdesk di PPV WTCKL, IDCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645099783_MenteriKesihatanKh.jpg)
MySejahtera buka helpdesk di PPV WTCKL, IDCC
Sebuah helpdesk secara fizikal akan dibuka di beberapa lokasi sebagai penyelesai kepada masalah yang berbangkit termasuk sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.
![Malaysia-Filipina sepakat iktiraf sijil vaksinasi - Wisma Putra Malaysia-Filipina sepakat iktiraf sijil vaksinasi - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71638185312_KLIA.jpg)
Malaysia-Filipina sepakat iktiraf sijil vaksinasi - Wisma Putra
Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina mencapai kata sepakat semalam untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 secara timbal balas.
![Pemuda UMNO gesa isu sijil vaksin dibincang di peringkat antarabangsa Pemuda UMNO gesa isu sijil vaksin dibincang di peringkat antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/41576830210_TBHAZLAN.jpg)
Pemuda UMNO gesa isu sijil vaksin dibincang di peringkat antarabangsa
Pertikaian berhubung kesahihan sijil digital MySejahtera adalah tidak berasas kerana ia diterima pakai oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat.
![Rakyat Malaysia tidak perlu kuarantin masuk ke India Rakyat Malaysia tidak perlu kuarantin masuk ke India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644856167_tajmahal.jpg)
Rakyat Malaysia tidak perlu kuarantin masuk ke India
Ujian RT-PCR COVID-19 prapenerbangan juga tidak wajib bagi pengembara lengkap divaksin yang tiba di India dari Malaysia.
![Sekatan COVID-19: Kewajipan sijil vaksinasi ditarik semula di Republik Czech Sekatan COVID-19: Kewajipan sijil vaksinasi ditarik semula di Republik Czech](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644452877_medievalCharlesBri.jpg)
Sekatan COVID-19: Kewajipan sijil vaksinasi ditarik semula di Republik Czech
Perdana Menteri Petr Fiala berkata, kerajaan akan mengumumkan beberapa lagi kelonggaran dalam bulan ini.
![Kerajaan perhalusi SOP umrah, elak penipuan sijil vaksinasi - Ahmad Marzuk Kerajaan perhalusi SOP umrah, elak penipuan sijil vaksinasi - Ahmad Marzuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643468778_TBAhmadMarzuk.jpg)
Kerajaan perhalusi SOP umrah, elak penipuan sijil vaksinasi - Ahmad Marzuk
Kerajaan akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan jemaah umrah yang akan berlepas menunaikan ibadah tersebut sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.