Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta mengkaji cadangan menaikkan denda kompaun dari RM1,000 kepada RM10,000 terhadap individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara berkenaan telah dibawa ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri sebelum ini.
"Saya pernah membincangkan perkara ini (menaikkan kadar denda kompaun) dengan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan beliau bersetuju sewaktu PKP peringkat awal dahulu," katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan kerja ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Batu Kentomen, di ibu negara pada Rabu.
Jelas Ismail, beliau berharap KKM dapat menyegerakan kajian bagi pindaan itu dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sebelum dibentangkan dan diluluskan di Parlimen pada sesi akan datang.
"Jadi kita cadangkan untuk naikkan RM10,000 tetapi oleh kerana ia melibatkan Akta 342 maka akta ini perlu dibentangkan di Parlimen dan kita minta KKM mengkaji akta ini dan melihat secara keseluruhan untuk menaikkan kompaun.
"Sebab orang ramai (sekarang) mempersoalkan mengapa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditii (Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali) hanya diberikan kompaun RM1,000? sebabnya kerana Akta 342 yang digunakan untuk PKP had maksimum kompaun adalah RM1,000 sahaja dan ia tidak boleh lebih daripada itu,” katanya.
KKM pada 7 Ogos lalu telah mengeluarkan kompaun terhadap Mohd Khairuddin kerana didapati melanggar perintah kuarantin wajib selepas pulang dari Turki.
Astro Awani
Wed Aug 26 2020

Ismail Sabri membuat lawatan kerja ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Batu Kentomen, di ibu negara pada Rabu. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP periksa secara rawak status pengunjung, pekerja premis
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan menjalankan semakan secara rawak status pengunjung dan pekerja di premis perniagaan di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Banjir Pantai Timur, pindaan Akta 342 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Wan Hassan turut meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah drastik yang diambil kerajaan dalam menangani banjir.

Akta 342 ditangguhkan, penting untuk dapatkan pematuhan rakyat - Khairy
Penangguhan itu turut dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wajibkan individu langgar SOP buat khidmat masyarakat - Gerakan
Parti Gerakan mencadangkan agar individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 diwajibkan menjalani khidmat masyarakat di tempat seperti Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Ancaman Omicron: 'Saya rayu Ahli Parlimen luluskan pindaan Akta 342' - Khairy
Khairy Jamaluddin yang dijangka membentangkan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) pada petang ini.

Pembangkang tidak sokong pindaan RUU Akta 342 - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibimbangi membuka ruang kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Kompaun RM1,000 syarikat langgar SOP tidak berkesan - Hishammuddin
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpandangan kompaun RM1,000 terhadap pihak yang melanggar prosedur operasi standard di bawah Akta 342, tidak berkesan.

'Saya gentar tandatangan Akta 342' - Dr Adham
Akta 342 berkenaan digunakan untuk menguatkuasakan semua perintah berkaitan COVID-19 sebelum Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 pula dikuatkuasakan pada 11 Januari tahun ini.

PRN Melaka: Akta 342 akan terus digunakan seluruh negara, tidak hanya di Melaka - Hamzah
Mana-mana kumpulan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan tetap akan dikenakan tindakan.

Kadar kompaun kembali RM1,000 selepas Ordinan Darurat tamat - TPM
Semasa pelaksanaan Ordinan Darurat, nilai maksimum kompaun yang dikenakan ialah RM50,000.