PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk memperkenalkan Akta Kualiti Air Minuman dalam masa terdekat bagi memperkukuh perlindungan terhadap ancaman kesihatan akibat air minum yang tidak selamat, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
"Minum air adalah satu hak asasi manusia," katanya pada Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022, secara maya hari ini sambil menegaskan bahawa hakikatnya seorang daripada tiga indivdu di seluruh dunia berhadapan kekurangan akses kepada air minuman yang selamat dan mencukupi.
Beliau berkata KKM telah melaksanakan salah satu program kesihatan tertua di negara, Program Kebersihan Alam Sekitar Luar Bandar melalui Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekitar (BAKAS) dan sejak lebih 50 tahun, BAKAS telah memainkan peranan utama dan menyumbang kepada liputan bekalan air bersih dan selamat yang hampir menyeluruh di negara ini.
Bersama pelaksanaan Program Pengawasan Kualiti Air Minuman Kebangsaan (NDWQSP) KKM telah berjaya membantu meningkatkan kualiti kesihatan, dengan memastikan keselamatan air minuman yang disediakan kepada orang ramai, dalam mematikan ia berada dalam piawaian yang ditetapkan, sekali gus mengurangkan kejadian penyakit bawaan air atau penyakit yang berkaitan dengan bekalan air awam yang berkualiti rendah.
"Program pengawasan yang memberikan amaran kepada kakitangan kesihatan dan kerja air jika kualiti air minuman merosot dan membolehkan mereka mengambil tindakan pencegahan atau pemulihan sebelum berlakunya sebarang wabak atau keracunan," katanya.
Dalam isu lain, Khairy berkata KKM akan membentangkan akta baharu di Parlimen bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan produk tembakau termasuk menghisap rokok elektronik pada Julai tahun ini.
"Akan tiba satu masa apabila satu generasi tidak akan tahu apakah rokok itu," katanya.
Khairy berkata mengikut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), lebih daripada 27,200 rakyat Malasia mati setiap tahundisebabkan rokok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
![KKM akan perkenal Akta Kualiti Air Minuman KKM akan perkenal Akta Kualiti Air Minuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649344356_KhairyJamaludinLa.jpg)
Khairy berkata, sejak lebih 50 tahun, BAKAS telah memainkan peranan utama dan menyumbang kepada liputan bekalan air bersih dan selamat yang hampir menyeluruh di negara ini. - Gambar/ Bernama
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
![KKM akan perkenal Akta Kualiti Air Minuman KKM akan perkenal Akta Kualiti Air Minuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649344356_KhairyJamaludinLa.jpg)
KKM akan perkenal Akta Kualiti Air Minuman
Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk memperkenalkan Akta Kualiti Air Minuman dalam masa terdekat bagi memperkukuh perlindungan terhadap ancaman kesihatan akibat air minum yang tidak selamat.