Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan mempertimbangkan sama ada untuk merayu dalam kes seorang pelajar tajaan Mara yang dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown di London, kata Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata pihak kementerian boleh mengemukakan rayuan untuk mengurangkan tempoh hukuman itu tetapi tertakluk kepada perundangan di negara itu.
"Kita boleh merayu ... masalahnya kita tertakluk kepada perundangan negara tersebit. Kita perlu menghormati perundangan yang negara lain amalkan. Kita akan lihat bagaimana (kes) pelajar ini nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mara Bersama Komuniti Usahawan Rompin di Kuala Rompin, di sini, hari ini.
BACA: Pelajar genius Malaysia di London dipenjara lima tahun miliki bahan lucah kanak-kanak
BACA: MARA tamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer serta-merta
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kes pelajar tajaan MARA, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas 13 kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.
Bagaimanapun, Mara dalam satu kenyataan mendakwa pelajar itu hanya dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan.
Berdasarkan maklumat akhbar British, pelajar pintar matematik di Imperial College London itu ditahan semasa serbuan polis di tempat tinggalnya di Queensborough Terrace berdekatan dengan Hyde Park pada 20 Nov tahun lepas dan merampas 600 video dan gambar kategori " A yang didefinisikan oleh pihak berkuasa British sebagai "extreme form of child sexual abuse" (penderaan seksual kanak-kanak yang melampau).
Pelajar itu dilaporkan ke London untuk melanjutkan pelajaran pada tahun lepas setelah mendapat tajaan Mara yang terletak di bawah KKLW.
Sementara itu, akhbar British melaporkan Mara memaklumkan Nur Fitri hanya dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan dan berdasarkan hukumannya bermula sejak dia ditahan November tahun lepas, pelajar itu hanya perlu berada di penjara selama empat bulan.
MARA memaklumkan berdasarkan perundangan Visa dan Imigresen di United Kingdom seseorang yang telah menjalani dua pertiga daripada hukuman penjara boleh dihantar pulang ke negara asalnya.
Berdasarkan fakta tersebut MARA yakin Nur Fitri dapat dihantar pulang dalam masa tiga hingga empat minggu lagi.
MARA juga dilaporkan telah menamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri sebaik dia ditahan.
Bernama
Mon May 04 2015
![KKLW timbang rayu kes pelajar tajaan MARA dihukum penjara di London - Shafie Apdal KKLW timbang rayu kes pelajar tajaan MARA dihukum penjara di London - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/51407487275_295x200.jpg)
SHAFIE: Kementerian boleh mengemukakan rayuan untuk mengurangkan tempoh hukuman itu tetapi tertakluk kepada perundangan di negara itu. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![UK catat hari paling panas dalam tempoh setahun UK catat hari paling panas dalam tempoh setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723521953_Serpentine.jpg)
UK catat hari paling panas dalam tempoh setahun
United Kingdom mencatatkan hari paling panas tahun ini apabila suhu mencecah 34.8 darjah Celcius di Cambridge.
![Banyak negara keluar amaran keselamatan ke UK Banyak negara keluar amaran keselamatan ke UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722930377_Demonstrators.jpg)
Banyak negara keluar amaran keselamatan ke UK
Beberapa negara telah mengeluarkan amaran keselamatan kepada warganegara mereka di United Kingdom (UK) berikutan protes dan rusuhan antipendatang yang berlarutan selama beberapa hari.
![Na'imah peroleh pasport sementara ke London, Venice Na'imah peroleh pasport sementara ke London, Venice](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705975527_TBTohPuanNaimah.jpg)
Na'imah peroleh pasport sementara ke London, Venice
Mahkamah memerintahkan Na'imah menyerahkan pasport kepada mahkamah selepas kembali ke Malaysia sebelum atau pada 27 Julai ini.
![Kate Middleton sertai Trooping the Colour bersama ahli keluarga Kate Middleton sertai Trooping the Colour bersama ahli keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718469005_tbPrincessofWales.jpg)
Kate Middleton sertai Trooping the Colour bersama ahli keluarga
Puteri Wales menyertai ahli keluarganya di acara perarakan tahunan tentera, Trooping the Colour pada Sabtu.
![Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716305252_TBSIADIES.jpg)
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
![AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637676353_AirAsiaX.jpg)
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
![MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711099327_MAS.jpg)
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
![Alexei Navalny dianggap sebagai hero oleh pengikutnya Alexei Navalny dianggap sebagai hero oleh pengikutnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708128533_AlexeiNavalny.jpg)
Alexei Navalny dianggap sebagai hero oleh pengikutnya
Alexei Navalny yang meninggal dunia dalam penjara dianggap sebagai hero di mata rakyat Rusia.
![Polis Metropolitan London dedah rakaman suspek serangan bahan kimia Polis Metropolitan London dedah rakaman suspek serangan bahan kimia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707174273_TBsuspect.jpg)
Polis Metropolitan London dedah rakaman suspek serangan bahan kimia
Rakaman kamera keselamatan Polis Metropolitan London mendedahkan gambaran suspek dalam kes serangan bahan kimia di sebuah pasaraya di selatan London yang berlaku pada Ahad lalu.
![Britain pulangkan set pakaian emas Ghana yang dirompak pada abad ke 19 Britain pulangkan set pakaian emas Ghana yang dirompak pada abad ke 19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706235077_lootedroyalregalia.jpg)
Britain pulangkan set pakaian emas Ghana yang dirompak pada abad ke 19
Britain memulangkan semula set pakaian emas Ghana yang dirompak daripada Raja Asante pada abad ke-19.