KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telco bagi menurunkan harga perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta syarikat telco melakukan kajian bagi memenuhi aspirasi rakyat yang inginkan perkhidmatan telekomunikasi lebih murah.
"Saya sedang bincang dengan SKMM dan telco apa yang boleh kita buat untuk kurangkan kos. Ramai anak muda harapkan harga Internet dan talian lebih murah, jadi saya minta mereka kaji apa yang kita boleh lakukan sekarang.
"Mungkin dalam minggu yang akan datang saya ada pengumuman khas," katanya dalam slot program ALFA yang bersiaran di Facebook Nasional FM hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud.
Selain itu, menurut Fahmi, beliau juga sedang meneliti langkah terbaik yang boleh dilakukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta mengatasi isu capaian rangkaian 4G dan 5G yang dihadapi di sesetengah kawasan di negara ini.
"Kita sedang bercakap tentang 5G, ada negara lain dah mula bincang tentang 6G. Jadi kita kena ada pergerakan yang lebih cepat dan sebagai menteri saya kena teliti apa yang boleh dilakukan untuk bantu proses itu," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi mengingatkan penghasil kandungan (content creator) di pelbagai platform sosial media supaya menghormati undang-undang negara ini ketika berkarya.
"Ada batas-batasnya. Kita raikan hak untuk bersuara, raikan hak untuk berekspresi tapi kita perlu hormat undang-undang kerana ada di dalam Rukun Negara...Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Fahmi Fadzil berkata, beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telco melakukan kajian bagi memenuhi aspirasi rakyat yang inginkan perkhidmatan telekomunikasi lebih murah.- Gambar BERNAMA

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Kerajaan pastikan keserasian penubuhan SEGiM dengan penyelarasan RUU Pekerja Gig
Kerajaan berhasrat memastikan keserasian penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) seiring dengan penyelarasan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

HAWANA 2025 diadakan Jun ini - Fahmi
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada Jun ini, dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Tiada lagi tindakan MCMC terhadap trio DJ Era FM, harap jadi pengajaran untuk semua - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketiga-tiga penyampai tersebut sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Hari Wilayah 2025: Dr Zaliha, Fahmi antara 32 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
Dr Zaliha Mustafa dan Fahmi Fadzil, merupakan antara 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 hari ini.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

Hindari fitnah, penyebaran berita palsu di bulan Ramadan - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.

Penjawat awam boleh pilih waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan - Fahmi
Penjawat awam dibenarkan memilih waktu kerja fleksi sepanjang Ramadan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.