KUANTAN: Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar 'molotov cocktail' kira-kira pada jam 5.14 pagi Sabtu.
Berdasarkan kenyataan polis, ketika dua pekerja sedang berada di dalam premis tersebut, tiba-tiba berlaku satu balingan 'molokov cocktail' terbabit yang dilempar dari luar premis dan mencetuskan kebakaran kecil.
Namun kebakaran tersebut berjaya dipadamkan dari terus merebak oleh pekerja premis dengan mengguna alat pemadam api.
Ekoran kejadian itu, empat rak jualan termasuk beberapa barang jualan telah mengalami sedikit kerosakan.
Pekerja KK Mart berkenaan kemudian bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam kenyataannya berkata kejadian dipercayai berpunca daripada isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang terkait dengan pasaraya KK Mart yang mendorong suspek melakukan perbuatan khianat tersebut.
Tambah Wan Mohd Zahari, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek dan termasuk meneliti rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.
Difahamkan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan ekoran kejadian, Kedai Serbaneka KK Mart berkenaan mengalami kerugian dianggarkan sekitar RM500.
Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Mohd Zalani Md Atan
Sat Mar 30 2024

Ekoran kejadian itu, empat rak jualan termasuk beberapa barang jualan telah mengalami sedikit kerosakan. - Foto JBPM
Politik Lubnan: Kerajaan baharu Lubnan menang undi percaya di Parlimen
Kerajaan baharu Lubnan memenangi undi percaya di parlimen, pada Rabu.
Bangunkan Gaza: Trump kongsi video AI Gaza dibangunankan, cetus kecaman
Akaun media sosial rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah memuat naik satu video yang dipercayai dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) berkenaan Gaza.
Isu Gaza: Pembangunan semula Gaza perlu kestabilan politik
Penasihat diplomatik kepada Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar Gargash, menegaskan bahawa pelan pembinaan semula Gaza tidak boleh direalisasikan tanpa adanya laluan yang jelas ke arah penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin.

Tanaman arwah ibu cetus ilham Hashim Man lakar karya ilustrasi botani
Memori bersama ibu menyuntik semangat Hashim Man dalam menghasilkan karya bagi menjayakan pameran.

Kata Salah, dia bantu pemain di sekelilingnya menjadi lebih baik
Menurut Salah, apa yang sedang dinikmatinya hari ini merupakan sebahagian daripada proses kematangan.

Trump rombak pentadbiran, pegawai kanan kerajaan bakal jadi lantikan politik
Pentadbiran Trump kini mengambil langkah untuk mempolitikkan peringkat tertinggi dalam kerajaan, bidas kesatuan sekerja.

Trump sahkan Zelenskyy ke White House esok untuk tandatangani perjanjian “sangat besar” dengan AS
Amerika dijangka peroleh kembali wang mereka yang banyak melalui perjanjian dengan Ukraine, kata Trump.

Elon Musk orang pertama diminta Trump berucap di mesyuarat Kabinet
Presiden Trump menyedari ada anggota Kabinet beliau tidak sependapat dengan Elon Musk.

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa.

Hamas akan pulangkan mayat empat tebusan Israel
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin.

Isu stoking kalimah Allah: Beri kepercayaan pihak berkuasa jalankan siasatan - Mohd Na'im
Polis, Jakim serta KPDN akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca, pihak yang bertanggungjawab selain niat di sebalik perbuatan itu.

Samun kedai serbaneka: Lima lelaki ditahan
Kesemua suspek berusia 18 hingga 40 tahun itu ditahan pada Khamis lepas susulan laporan oleh seorang pengadu.